Sunday, May 19, 2013

Selamat Tiba di Bali, Indonesia


Syukur alhamdulillah... Tiba jua DN ke Bali, Indonesia. Selama ini dengar cerita dari kawan-kawan sahaja. Hasil perancangan dan kerjasama dengan Swiss Garden International Vacation Club, DN dapat menjejakkan kaki di sini.


Sampai sahaja di bandara, pelbagai flyers tersedia untuk kemudahan pengunjung yang mengunjungi Bali. Pelbagai perkhidmatan dan tempat-tempat menarik ada di dalam flyers ini. DN ambil juga untuk rujukan dan makluman walaupun segala aktiviti DN di Bali telah diuruskan oleh pihak Royal Exchange. 


DN jejakkan kaki di Bali sahaja sudah tersedia mobil untuk membawa DN ke hotel. Sebab itu DN tidak risau untuk ke sini sendirian kerana segalanya sudah diuruskan sebelum DN tiba lagi. Sepanjang perjalanan DN ke hotel, pelbagai sculpture ukiran patung kelihatan. Ini kerana kebanyakan penduduk Bali beragama Hindu. Gambar di atas merupakan Patung Satria Gatotkaca.


Selepas sekitar 15 minit perjalanan, DN sampai di hotel penginapan DN. Sampai sahaja, tuala kecil basah dan air teh ais limau disediakan sebelum check-in masuk ke bilik hotel. Perjalanan di dalam kapal terbang selama hampir 3 jam menyebabkan DN agak keletihan dan layanan mesra apabila DN tiba di hotel sangat menyenangkan DN.

Selepas ini DN akan kongsikan bilik penginapan DN yang sangat cantik dan selesa sepanjang DN berada di Bali, Indonesia. Selain itu, beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak Royal Exchange akan DN kongsikan di sini juga. Harap sabar menanti entry2 DN ye.. :)

Saturday, May 18, 2013

Namecard deqnoor.com

Syukur alhamdulillah... Atas nasihat seorang otai blog, akhirnya terhasil namecard untuk blog DN ini. Tanpa bebelan beliau, mungkin DN tidak akan membuat semua ini.

Segalanya adalah daripada hasil kerja saudara Haru Elie. Terima kasih tidak terhingga atas segala usaha beliau untuk menjadikan namecard DN ini satu kenyataan.

Nak namecard DN? Sila jumpa dan minta sendiri dengan DN ye. DN kan pemalu.. Hihihi...

Friday, May 17, 2013

Movie Review : 99 Kali Rindu


99 Kali Rindu merupakan sebuah filem bercorak Islamik Romantik arahan Azhari Zain. Filem ini merupakan filem ke-76 terbitan MIG. Filem ini menampilkan Aeril Zafril dan Wawa Zainal sebagai peneraju utama dibantu oleh Afiera Riana, Adey Shafrien, Eddy Rauf, Niezam Zaidi, Siti Aziz dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan tentang Muhammad Fakaruddin Attar (Aeril Zafril) yang telah kehilangan isterinya, Saidatul Nafisa (Shima Anuar) ketika melahirkan anak mereka (meninggal juga). Disebabkan itu, Attar telah mengambil keputusan untuk berhijrah bagi memulakan hidup baru selain mencari ketenangan dan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T..

Di dalam kehidupan barunya, Attar telah ditemukan dengan satu keluarga yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat dan Attar telah mengimarakkan masjid di kampung tersebut. Apa yang beliau usahakan telah menarik minat sebuah stesen radio dan disini Attar telah ditemukan dengan seorang DJ radio, Qalbie (Wawa Zainal). Qalbie terpegun dan terpesona dengan segala tingkah dan percakapan Attar sehingga membibitkan perasaan sayang dan rindu di dalam dirinya.

Pada suatu malam, satu kejadian yang tidak diduga telah menimpa Qalbie dan Attar telah menyelamatkannya sehingga menyebabkan Attar terlibat dengan kemalangan. Beliau telah dilanggar kereta yang dipandu oleh Zazlina (Afiera Riana). Abang Zazlina, Miqdad (Adey Syafrien) telah membawa Attar ke rumah mereka kerana merasa bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut. Attar telah dirawat di rumah mereka sehingga sembuh.

Walaubagaimanapun, semakin lama semakin banyak persoalan dan kisah hidupnya terungkai. Ini menyebabkan Attar merasa dirinya sangat lemah. Apakah yang berlaku sebenarnya? Siapakah Miqdad dan Zazlina dalam hidup Attar? Bagaimana hubungan Attar dengan Qalbie? Semuanya akan terjawab dengan menonton filem ini yang sudah berada di pawagam 9 Mei 2013 lalu.


Filem ini adalah kesinambungan dari filem 7 Petala Cinta. Mereka yang telah mengikuti filem sebelum ini, seharusnya mengikuti filem 99 Kali Rindu ini untuk mengetahui selanjutnya bagaimanakah pengakhiran kehidupan Attar. Untuk itu, saksikan trailer di bawah sebelum menerjah di pawagam berhampiran anda.



Terima kasih Bro Framstone untuk gambar dan jemputan ini.

Wednesday, May 15, 2013

Country Chic Steak - Promosi Terbaru dari Kenny Rogers Roasters

 Psssttt! Psssttt!
Lapar dah? 
Apa kata ke Kenny Rogers Roasters (KRR) dan mencuba promosi terkini KRR di bawah.


Country Chic Steak dan Breezy Island or Kiwi Kisses or Veryberry Wave. Promosi ini telah bermula pada 6 Mei 2013 yang lalu dan akan berlanjutan sehingga diberitahu kelak. Country Chic Steak ini didatangkan dengan pilihan 3 jenis side dishes pilihan sendiri dan juga home-made muffin.

Jadi, apa pilihan DN?


DN telah memilih Country Chic Steak dengan pilihan side dishes corn & carrot, fruit salad, coleslaw dan vanilla muffin. Set ini berharga RM20.90. Country Chic Steak merupakan daging ayam (tiada tulang) yang diperap dalam rempah ratus khas & herba dan kemudiannya disiram dengan sos cendawan berkrim. Dagingnya sangat lembut, berlemak rasanya dan mengenyangkan.
 

Ini pula pilihan minuman terbaru dari KRR yang berharga RM9.90 setiap satu. Bermula dari sebelah kiri :-
  1. Veryberry Wave - Ice blended strawberry.
  2. Breezy Island - Campuran buah markisa dan mangga.
  3. Kiwi Kisses - Ice blended kiwi.
DN telah memilih Kiwi Kisses. DN suka dengan rasa fresh buah kiwi ini dan rasanya juga tidak masam.
 

Kami semua sudah menikmati Country Chic Steak yang sangat lazat ini. Anda bila lagi? Jom ke KRR berhampiran. Sepanjang promosi Country Chic Steak ini, tangkap gambar anda, kongsikan di FB atau Twitter dengan #CountryChicSteak untuk mendapatkan voucher dari KRR. Selamat mencuba! :-)

Saturday, May 11, 2013

Informasi Berguna Melancong Ke Korea

Ini merupakan entry penutup travelog DN ke Korea. Untuk itu, DN ingin kongsikan beberapa informasi berguna untuk mereka yang ingin melancong ke Korea.
Suhu / cuaca semasa - pastikan suhu di sana berapa degree dan cuaca di sana sejuk atau hujan atau panas. Korea yang mmpunyai 4 musim menyebabkan suhu persekitaran berubah mengikut peredaran semasa. Contohnya : 3deg - 14deg (sejuk)
 Kelengkapan pakaian - setelah mengenalpasti suhu / cuaca semasa, dapatkan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca tersebut. Jika datang semasa musim sejuk, pastikan membawa pakaian yang bersesuaian untuk musim sejuk seperti long john, scarf, gloves, sweater, wool coat dan jacket.
Matawang - RM100 ~ 30000won (semak mata wang semasa dan disarankan menukar matawang di Malaysia)
Credit Card - Digunakan secara meluas di Selatan Korea. Walaubagaimanapun, tunai sahaja diterima di mana-mana pasar malam di Korea. Oleh itu, pastikan membawa wang tunai yang mencukupi mengikut budget anda.
Bekalan Elektrik - 220V, 60Hz. Standard voltan dan frekuensi berbeza dengan Malaysia. Oleh itu, pastikan membawa universal adapter ataupun plug 2 pin. Plug 3 pin tidak boleh digunakan tanpa bantuan universal adapter.
Telekomunikasi - Kod antarabangsa adalah +82.
Zon waktu - Seoul mendahului Malaysia selama 1 jam.


Berakhir sudah ceritera travelog Korea DN. Disini DN senaraikan kisah-kisah Korea DN untuk bacaan anda semua yang ingin membuat rujukan sebelum ke sana.

Bermula Catatan Perjalanan DN ke Korea
The National Folk Museum of Korea
Cheongwadae Sarangchae Exhibition & Museum
Pengalaman di Kimchi School Korea
Penghujung Musim Sejuk di Nami Island
Kumho Seorak Resort, South Korea
 Pendakian Musim Sejuk ke Mt. Sorak
Melihat Hidupan Laut Segar di Daepohang Seafood Market
Apa Ada di Phoenix Park Hotel Korea
Bersukaria di Lotte World 'Mask Festival'
Seaworld + Wax Museum di 63 City Building
The M Hotel Seoul Korea

Banyak juga ye DN membebel disini dalam pada tidak berapa happy semasa di sana. Maklum lah, shopping terbatas dan DN tiada entry shopping untuk travelog Korea. Sobsob... Apapun, DN akan kembali menulis untuk travelog DN berikutnya. Ke mana DN selepas ini? Tunggu..... Doakan keselamatan DN ye... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share It

Walau kita sering berhati-hati dalam perjalanan hidup ini, tetapi adakalanya tergelincir jua apabila Allah mendatangkan ujian buat kita... Hadapilah ujian itu dengan tabah dan redha kerana ada hikmah disebaliknya...
 

Copyright © 2012-2013 Reserved to Deq Noor Design with love by Cik Rose Cute