SIKAP


Janganlah bersedih hati. Anggap sahaja diri kita tidak akan hidup kecuali sehari sahaja, lalu mengapa kita mesti bersedih hati dan marah pada hari ini?

“Ketika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan ketika petang tiba, janganlah menunggu datangnya pagi”. Dengan kata lain, hiduplah dengan batasan hari ini sahaja. Jangan mengingat-ingat masa lalu, dan jangan pula was-was dengan masa akan datang.

“Yang lalu sudah berlalu, dan harapan itu masih ghaib, dan engkau pasti punya waktu di mana engkau mesti ada”. Menyibukkan diri dengan mengingat-ingat masa lalu, dan meratapi semula kepedihan-kepedihan hidup yang pernah berlaku dan sudah berlalu merupakan satu kebodohan dan kegilaan.

Jangan berdukacita sebab qadha sudah ditetapkan, takdir pasti berlaku, dakwat pena sudah habis, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun sudah dilipat, dan semua perkara telah ditetapkan. Bagaimanapun, kesedihan tidak akan memajukan atau mengundurkan kenyataan yang akan berlaku, dan tidak pula akan menambahkan atau menguranginya.

Jangan berdukacita, sebab usia kita yang sebenar adalah kebahagiaan dan ketenangan hati kita. Sebab itu, jangan habiskan usia kita dalam kesedihan, jangan boroskan malam-malam kita dengan kecemasan, jangan berikan minit-minit kita untuk kebimbangan, dan jangan berlebihan dalam menyia-nyiakan hidup, sebab Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebihan.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^