Vote for Rizai Ali & Ainul Farha Ramli

Credit to Ainul Farha Ramli for this remembering words. I'm going share it with you all.

Marilah untuk bersyukur .. Jika kamu memancing ikansetelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu..apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Agar apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada..ALHAMDULILLAH..

Actually I take this from Ainul Farha blogs at here
http://syokkahwin.com/gerbangcinta/2009/11/undian-sudah-bermula/
To those who read my blog, please support and vote for them. Rizai Ali & Ainul Farha Ramli. Remember this ok...

Vote Rizai Ali & Ainul Farha Ramli!!!

Vote Rizai Ali & Ainul Farha Ramli!!!

Vote Rizai Ali & Ainul Farha Ramli!!!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

1 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^