Cahaya Penawarku…


Noor Shafawati…. Cahaya penawarku…. Kedua2nya berkaitan dengan diriku. Sungguh mendalam maksudnya bg diriku & mungkin hanya dn je yg memahaminya. Penawar kepada diri & mereka yg hadir dlm hidupku. Insyaallah… Kita semua inginkan sebuah kehidupan yang bahagia, harmoni & sejahtera. Dn pun menginginkannya tetapi kuasa Allah… Kita hanya mampu merancang. Jadi, apakah itu kehidupan yang baik?? Kehidupan yang baik diperolehi bila :-
1. Ada ketenangan dan keheningan hati
2. Sentiasa berada dalam rahmat Ilahi
3. Diberkati umur, zuriat dan rezeki
4. Dikasihi oleh makhluk lain
5. Doa yang diterima oleh Allah S.W.T.
Oleh itu usaha atas hati itu penting. Ini kerana hati adalah mahkota pada badan. Sekiranya hati itu sihat seluruh anggota akan turut sihat dan begitulah sebaliknya. Ketenangan dan kebahagiaan tempatnya dalam hati manusia, bukan pada zahir manusia. Maka, penawar untuk mengubati hati yang sakit adalah :-
1. Iman (Seorang yang mempunyai iman walau sebesar biji sawi bila meninggal dunia akan memperolehi syurga 10x dunia)
2. Solat (Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah s.w.t., dosanya gugur seperti daun gugur dari pohonnya)
3. Ilmu dan zikir (Ilmu adalah jalan menuju Allah dan zikir adalah lampu menyuluhnya)
4. Ikram (Sesiapa yang menunaikan hak saudaranya, Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya 73 ganjaran yang mana 1 ganjaran cukup untuk keperluan dunianya dan 72 lagi disimpan untuk meningkatkan darjatnya di akhirat)
5. Ikhlas (Allah s.w.t. tidak pandang kepada rupamu atau kekayaanmu bahkan Dia pandang pada keikhlasan hatimu serta sifat amalanmu)
6. Hidup sederhana (Untung bahagialah siapa yang mendapat hidayat taat pada ajaran Islam dan penghidupannya yang sederhana dan merasa cukup dengan apa yang ada)
7. Suasana agama di rumah (Bila memasuki rumah ucapkanlah salam. Itu adalah punca rahmat untuk anda dan keluarga)
8. Sunnah-sunnah Rasullullah s.a.w.
Sekadar renungan untuk kita semua. Ingat mengingati sesama kita. Luv u all… ^_^
That kind of love… when they both are sure, then it’s not about waiting… it’s about stepping forward on their own…
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. 'Penawar untuk mengubat hati yang sakit' Seperti 6 sifat utama yang yang telah menjadi amalan Sahabat Rasullullah S.A.W :

    1) Hakikat Kalimah
    2) Hakikat Solat
    3) Hakikat Ilmu dan Zikir
    4) Hakikat Ikram Muslimin
    5) Hakikat Ikhlas Niat
    6) Hakikat Dakwah

    HAKIKAT: sungguh2 telah amal dan memahami

    FaIzaL:

    ReplyDelete
  2. tq for sharing with me...
    i'm really appreciate it... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^