Kekuatan & Putus Asa

Life aka kehidupan… Ada tawa, suka, duka, resah, marah, gembira, benci & pelbagai lagi perasaan silih berganti. Manusia… Pelbagai macam tabiat dan sakhsiah seperti alam tumbuhan; ada manis dan masam, dan ada yang panjang dan pendek.

Hidup ini tidak selalu indah dan diibaratkan seperti roda, kadangkala kita di atas dan kita juga akan merasa di bawah. Oleh itu, percayalah bersama setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan. Selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur lena dan selepas sakit ada kesembuhan. Tiap-tiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan akan datang petunjuk dan dalam kegelapan akan muncul sinar terang. Begitu juga tiap-tiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan lenyap dengan hadirnya kedamaian.

“dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan seseorang itu berdukacita) menangis” (surah an-najm : 43)

“maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya rasul-rasul ‘Ulul-azmi’ (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan rasul-rasul (yang terdahulu darimu)” (surah al-ahqaf : 35)

Oleh itu, ketahuilah bahawa bantuan itu ada bersama kesabaran dan jalan keluar itu selalu bergandingan dengan cubaan…

Jika masalah sudah terlalu sukar, tunggulah jalan keluarnya…
Sebab ia akan segera menemukan jalan keluarnya…

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kerunsingan dan dukacita, aku berlindung dengan-Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung dengan-Mu dari perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung dengan-Mu dari belenggu hutang dan kekasaran orang”. Amin…. (Hadis Rasulullah SAW riwayat Abu Daud, dari Abu Hurairah r.a.)

Tatkala sedih dan putus asa, carilah kekuatan untuk terus menghadapi segala dugaan hidup ini. Insyaallah…
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^