ePiLoG CiNTa


Kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata. Ia bukan juga sebuah kejujuran dan keikhlasan. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang perempuan akan menunjukkan sikap, sifat, penampilan serta gerak laku yang sentiasa meyakinkan insan yang dicintainya.

Kekuatan dan kebenaran cinta yang diredhai Allah sebenarnya bermula dari diri seorang yang beriman. Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seorang perempuan itu tapi dalam masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan keimanan teman perempuannya. Lelaki adalah pelindung dan pemimpin kepada perempuan. Merekalah pembela maruah dan nasib perempuan.

Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia. Cinta pasti hadir dalam jiwa manusia. Oleh itu, serahkan cintamu kepada yang satu. Cintamu pasti berbalas dengan pelbagai nikmat yang tidak terhitung.

Malam yang dulu sepi
Sebak yang dulu rabak
Kini damai kembali
Bagai cahaya lilin dalam kegelapan
Cinta yang dulu berderai
Kini berputik di hujung luka
Engkaukah itu
Yang mengembunkan kasih
Menggilap warna cinta yang pudar
Dan meramas rindu yang lusuh
Pada destinasi baru…
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

1 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^