Wasiat ke-23 : Wasiat Sebelum Tidur



“Ali berkata : ‘Fatimah mengeluhkan bekas alat penggiling yang dialaminya. Lalu pada saat itu ada seorang tawanan yang mendatangi Nabi SAW. Maka Fatimah bertolak, namun tidak bertemu dengan beliau. Dia mendapati Aisyah. Lalu dia mengkhabarkan kepadanya. Tatkala Nabi SAW tiba, Aisyah mengkhabarkan kedatangan Fatimah kepada beliau. Lalu beliau mendatangi kami, yang ketika itu kami hendak masuk tidur. Lalu aku mula berdiri, namum beliau berkata, “Tetaplah ditempatmu”. Lalu beliau duduk di tengah kami, sehingga aku dapat merasakan dinginnya kedua telapak kaki beliau di dadaku. Beliau berkata: ‘ketahuilah, akan kuajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau minta kepadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah tiga puluh empat kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali, maka itu lebih baik bagimu daripada seorang pembantu’.”

Ini adalah wasiat Nabi SAW kepada puterinya yang suci, Fatimah seorang pemuka para wanita penghuni syurga. Boleh jadi kita tertanya-tanya apa hubungan antara pembantu yang diminta Fatimah dan zikir? Hubungan antara keduanya sangat jelas bagi orang yang memilih hati atau fikiran yang benar-benar sedar. Sebab zikir dapat memberikan kekuatan kepada orang yang melakukannya. Bahkan kadang-kadang dia dapat melakukan sesuatu yang tidak pernah dibayangkannya. Di antara manfaat zikir adalah :
1. Menghilangkan duka dan kekhuatiran dari hati.
2. Mendatangkan kegembiraan dan keceriaan hati.
3. Memberikan rasa nyaman dan kehormatan.
4. Membersihkan hati dari lalai dan hawa nafsu.

Beginilah wahai sahabat-sahabatku, wasiat Nabi SAW yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin penghuni syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Zikir tidak dapat menghilangkan letih tetapi hal ini boleh ditakwilkan bahawa orang yang banyak berzikir tidak akan merasa mendapat mudharat kerana kerjanya yang banyak dan tidak merasa sulit meskipun rasa letih itu tetap ada.

Sesuatu yang ingin DN kongsikan pada semua. Sama-sama kita ingat-mengingati dan seterusnya memberi peringatan kepada diri DN juga. Luv u’all….
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^