Wasiat Kedua


Lepas dh habis baca buku “Aku Terima Nikahnya” authored by Hasrizal Abdul Jamil yang terkenal dgn saifulislam.com, DN bace buku b’tajuk “50 Wasiat Rasullullah SAW untuk Wanita” oleh Majdi As-Sayyid Ibrahim. Actually this book belongs to my mum and I borrow this book from her. Her signature here is year 2000 means she buy this book on this year. If you know me well, I really love to read books especially on my leisure time. Skrg ni tambah 1 lg minat baru… Blogging… Hehe… Thanks for those who drop by into my blog and my loyal followers, also not forgotten my lover which supports my new interest. Thank you so much…
Kt cni DN nk share ngn u’all ape yg DN telah bace. Kalau DN nk cerita sume yg ade dlm buku ni, baik korg beli je buku ni kn so DN pilih ape2 yg DN rase nk share ngn u’all. Harap ianya boleh menjadi panduan dan ingatan kpd kawan2 yg disayangi dan xlupa utk diri DN sendiri.
Wasiat kedua Rasullullah SAW adalah selamatkan diri dari api neraka.
Dari Abu Sa’id r.a. berkata Rasullullah SAW, keluar pada hari Aidil-Adha dan Aidilfitri ke tempat solat, lalu beliau melalui para wanita seraya berkata :
“Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekalian, kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu sekalian sebagai sebahagian besar penghuni neraka”
Di dalam riwayat lain disebutkan:
“’Bersedekahlah kamu sekalian dan perbanyakkanlah istighfar!’ Mereka bertanya; ‘Kerana apa wahai Rasullullah SAW?’ Beliau menjawab ‘Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga (suami). Aku tidak melihat wanita-wanita yang kurang akal dan dinnya (agamanya) dari salah seorang di antara kamu yang dapat menyaingi fikiran seorang lelaki yang teguh hatinya.’ Mereka bertanya lagi; ‘Apakah kekurangan din dan akal kami wahai Rasullullah SAW?’ Beliau menjawab; ‘Bukankah kesaksian seorang wanita seperti setengah kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab; ‘Benar.’ Beliau berkata; ‘Maka begitulah di antara kekurangan akalnya. Bukankah apabila haid, dia tidak boleh solat dan puasa?’ Mereka menjawab; ‘Benar.’ Beliau berkata lagi; ‘Maka begitulah di antara kekurangan dinnya.’
Dalam susunan kejiwaan wanita terdapat perasaan yang sensitif, kelembutan rasa, tindakan yang tekun dan mudah terganggu emosinya. Inilah yang membuatkan kesesuaian wanita sebagai ibu di mana sifat keibuan tidak memerlukan kepada pemikiran, tetapi perasaan yang bergelora dan kasih sayang yang teramat lembut. Kerana kuatnya pengaruh perasaan pada diri wanita, maka Islam meletakkan kesaksian dua wanita sama dengan kesaksian satu orang lelaki.
Wanita diciptakan Allah berdasarkan sifat-sifat tertentu. Syariat telah menetapkan agar wanita memberhentikan solat, puasa dan ibadah lain yang menuntut taharah (suci). Sebagaimana yang sudah diketahui, ini merupakan masalah yang sudah ditetapkan Allah bagi wanita dan tidak ada alasan untuk menghindarinya.
Wanita muslimah harus tahu bahawa nafkah dan sedekah yang paling utama adalah yang diberikan kepada suami atau anaknya sendiri, kemudian yang diberikan kepada tetangga dekatnya. Selagi engkau mahu memberi sedekah maka perbuatan ini akan menyelamatkan dirimu dari kematian yang buruk.
Juga perlu diketahui bahawa selagi engkau melakukan istighfar, tentu Allah akan memberikan jalan keluar dari segala kesempitan, membuka jalan keselamatan dari segi kesulitan, memberi ruang atau kegembiraan dari segala kesedihan.
Ingat mengingati sesama kita. Insyaallah… bertambah ilmu dan kebaikan dalam diri kita…

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^