Harapan & Impianku


Ya Allah… Saat ini hanya Kau yg mengetahui apa yg ada dlm hatiku… Betapa kesalnya diriku dgn segala perbuatanku… Betapa bersyukurnya diriku ditemukan dgn seorang insan yg menyayangiku kerana-Mu selama ini… Betapa rindunya diri ini dgn insan yg telah Kau anugerahkan kepadaku tetapi aku tidak menjaga sebaiknya anugerah yg Kau berikan kepadaku… Mungkin cintaku ini tidak seagung cintanya padaku keranaMu… Mungkin cintaku ini hanya cinta manusia biasa yang masih tidak mengerti apakah maksud cinta sesama manusia keranaMu… Kehadirannya sangat terkesan dlm hidupku… Aku tidak pernah merasa betapa indahnya cinta ini selain bersamanya… Walau telah banyak lelaki hadir dlm hidupku tetapi aku merasa inilah pertama kali aku kenal apakah erti cinta… Ya Allah… Anugerah yg Kau berikan kepadaku walau untuk seketika sangat bermakna dlm hidupku dan aku tidak pasti adakah masih ada cinta seindah ini dalam hidupku kelak… Kebahagiaan yg ku cari selama ini telah hadir tetapi aku sia-siakan dengan kata-kata dan perlakuanku… Tiada apa yg mampu ku katakan selain drpd kemaafan jua… Andai diriku masih diberi peluang… Aku adalah insan yang paling bersyukur kepadaMu Ya Allah… Aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepadaMu…. Ya Allah… Jika insan ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan dtg maka tentukannya untukku… Jika insan ini tidak baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan dtg maka Kau palinglah akan dia daripadaku dan jadikanlah diriku ini redha dengan ketentuanMu… Tiada daya dan kekuatan diri ini selain dari memohon kepadaMu Ya Allah… Tentukan kebaikan untukku dimana sahaja aku berada… Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu…
Harapan & Impianku…
Ya Allah… Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, jika memang kehidupanku di dunia ini harus berakhir, ku mohon tutuplah cerita ini bersama insan yg ku kasihi dan mengasihi-Mu agar dia mampu membimbingku ke jalan yg lurus. Ya Allah, jangan jadikan cintaku ini debu yg membutakan mataku untuk melihat keagungan-Mu atau anggur yg memabukkan dan menghilangkan akalku untuk memikirkan kebesaran-Mu. Namun, jadikanlah cinta ini seperti cahaya yang menyinari ruang-ruang gelap dlm hatiku sehingga aku takjub akan keindahan-Mu. Ya Allah, sebagaimana Engkau hembuskan angin yang menyejukkan, hembuskanlah cinta di hati kami supaya kami lebih saling mengenali satu sama lain. Getarkan hati dan tangannya untuk menyatukan cinta ini demi keagungan dan kesempurnaan-Mu. Jadikanlah jua cinta ini kerana-Mu….Ya Allah, Tuhan Yang Maha mengetahui segalanya. Hanya kepada-Mu kembali segala kebenaran. Dengan izin-Mu jua terjadi segala kebatilan. Di tangan-Mu terletak segala urusan dan hanya kepada-Mu kusandarkan segalanya…. Segalanya… Amin…
Adakah orang-orang yang melakukan atau mengenakan orang lain kerana tak puas hati, dendam & macam2 lg akan terselamat di dunia ini? Dunia ini hanya sementara. Semoga Allah memaafkan mereka....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^