3003

Hujan sangat lebat ketika ini… Sementara menanti masuknya waktu Maghrib, DN masih berada di dalam ofis kesayangan DN ini bersendirian… Menanti waktu yang sesuai untuk bertemu dengan sahabat DN, Noorjizan Nazra Mustani atau lebih dikenali sebagai Bijan. Lokasi seperti biasa, di kedai makan suami beliau, Restoran D’Tomato. Semalam dah bertemu, hari ini tetap nak bertemu lagi. Rindu ke?? Hmm… Entah la. Hehe… Keakraban kami sejak dari sekolah dan tidak dapat disangkal lagi. Beliau seorang yang berterus terang dan sangat mengenali diri DN ini.

Sebelum hujan turun dengan lebatnya tadi, DN ber ‘pizza hut’ bersama dengan Nurhanim Sarion dan Norfazila Sayuti di SACC Mall. Kelewatan mereka memberitahu DN menyebabkan banyak makanan yang tidak dapat dihabiskan kerana DN telah makan tengah hari bersama-sama rakan pejabat DN tetapi tetap cuba untuk makan sehingga ketat sudah seluar ini. Uppsss… Hehe…

Lama sudah kami bertiga tidak keluar bersama. Pelbagai isu yang kami perbualkan. DN macam biasa dengan kerja di merata-rata tempat dan mereka dengan karenah anak-anak murid mereka di sekolah. Duduk bersama cikgu aka guru yang berdedikasi dan penyayang ini menyebabkan diri DN rindu dengan cikgu-cikgu yang pernah mendidik DN sehingga kini DN bergelar seorang jurutera. Walaupun masih jauh perjalanan DN sebelum bergelar jurutera bertauliah, ilmu dan keringat kalian dalam mendidik diri ini sangat-sangat dihargai. Apa yang mampu DN lakukan kini hanya menziarahi cikgu-cikgu kesayangan DN ini pabila tiba Hari Raya Aidilfitri. Insyaallah… Aidilfitri akan datang DN akan sabar menanti untuk bertemu cikgu-cikgu semua.

(Tersenyum) Betapa DN dikelilingi dengan mereka yang sentiasa bersama diri DN tatkala suka dan duka. Ya Allah… Bersyukurnya DN atas anugerah yang telah Kau berikan ini. Walau pelbagai dugaan dan rintangan dalam perjalanan hidup DN ini, kehadiran kalian tetap menyerikan dan mewarnai hidup ini. Terima kasih kalian….
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^