Apabila seorang Muslim memilih pasangannya bererti dia akan menjadikan pasangan itu sebahagian daripada hidupnya. Dalam memilih calon isteri, Islam memberikan beberapa petunjuk dan kriteria.
Sabda Rasulullah bermaksud, Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Perempuan itu dinilai kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia” (Muttafaqun Alaihi).
Dalam hadis itu, dilihat bagaimana baginda menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun.
Allah berfirman bermaksud, “Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak mukmin lebih baik daripada wanita musyrik walaupun ia menarik hatimu”. (Surah al-Baqarah: ayat 221).
Sehubungan itu, dengan kriteria memilih calon isteri berdasarkan akhlaknya, Allah berfirman bermaksud, “Wanita keji adalah untuk lelaki keji dan lelaki keji untuk wanita keji dan wanita baik adalah untuk lelaki baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik”. (surah An-Nur: Ayat 26).
Seorang wanita yang memiliki ilmu agama tentu akan berusaha dengan ilmu itu supaya menjadi wanita solehah dan taat pada Allah. Wanita solehah akan dipelihara Allah, seperti firmannya bermaksud: “Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya. Oleh kerana itu Allah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa', ayat 34).
Kesimpulannya, kecantikan boleh diambilkira dalam pemilihan pasangan tetapi kecantikan bukanlah pengukur utama. Pilihlah yang beragama. Insyaallah… Ingat-mengingati sesama kita. Moga menjadi panduan yang berguna kepada kita.

"tinggal kenangan"? nape lak?
ReplyDeleteLagu Tinggal Kenangan tu best... Suke lagu 2 :)
ReplyDeleteoic.. i ingatkan bad news. nway, slmt bkasih syg..
ReplyDeletetq2... :)
ReplyDelete