Luahan Hati Insani

Kadang-kadang tak faham dengan manusia bergelar lelaki ni. Dah ada gf or bini tapi still nak rapat dengan perempuan lain. Tolong fahami di sini, DN tidak berminat dengan bf orang or lelaki orang or duda orang. Harap maklum. Jika mahu berkawan, harap dapat menjaga batas-batas sebagai seorang kawan. Adakah perkara ini pun perlu dijelaskan lagi? Huh… Sukar sungguh mahu memahami insan bernama lelaki ini. DN diam dan tak marah bukan bermaksud DN suka tetapi DN hormat kalian sebagai seorang kawan tapi untuk berlarutan sehingga perlu setiap hari menelefon dan mesej, perlu beritahu dan memastikan setiap pergerakan DN, DN tak balas mesej dan tak jawab panggilan nak marah or kecik hati or macam-macam lagi, perlu beritahu dengan siapa DN berkawan or DN keluar or macam-macam lagi, halang DN dari membuat kerja-kerja yang menjadi minat dan rezeki DN, itu bagi DN sudah berlebihan dan agak keterlaluan. Walau nampak DN ni seorang yang lembut tetapi dalam pergaulan dan aktiviti sosial DN, DN tetap akan jaga. Apabila kalian telah melanggar batas persahabatan ini, DN minta maaf, DN seboleh-bolehnya akan mengelak dari terus membuatkan kalian salah tafsir apa itu perhubungan sebagai seorang kawan. Maafkan DN…

Fuh… Lega sungguh bila dapat meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Kepada sahabat-sahabatku yang disayangi, ruangan ini hanya luahan hati DN pada segelintir mereka yang kurang memahami. DN tetap sayangkan persahabatan yang telah terjalin antara kita dan tiada istilah untuk memutuskan silaturrahim yang telah kita bina dalam kamus hidup DN. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan masuk surga orang yang memutuskan silaturrahim.” (HR. Bukhari 5984 dan Muslim 2556). DN tiada niat dan tidak bermaksud untuk memutuskan silaturrahim tetapi apa yang DN lakukan ini adalah untuk kalian memahami dan kembali kepada batas-batas pergaulan sebagai seorang sahabat. Harap kalian memahaminya dan maafkan DN andai ada yang tersinggung.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

  1. Dalam maksud ni.harap2 dapt disetelkan secepat mungkin

    ReplyDelete
  2. it's ok la dn..ade org concern ngn anda overboard..hahaha

    ReplyDelete
  3. topek : bkn b'maksud melarikan diri dr mereka tapi cuba utk merenggangkn diri supaya tidak disalaherti oleh mereka. hehe...

    kay : oh tidak!!! hanya calon2 amir & ke atas sahaja akan dipertimbangkan. hahaha... ;p

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^