Permata Biru



Melalui hari-hari yang membahagiakan… Sangat tak terkata. Ya Allah… Syukur sangat dengan anugerah yang telah Kau berikan kepadaku… Akan ku cuba lakukan segala nikmat yang telah Kau berikan padaku ke jalan kebaikan… Insyaallah… Harini DN ada membaca sebuah coretan dan DN ingin berkongsi disini. Harap ada yang masih sudi membacanya…

JADILAH YANG MERUGIKAN MENJADI SESUATU YANG MENGUNTUNGKAN

Jangan berputus asa jika kakimu terantuk dan anda terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak anda akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih dari sebelumnya. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang penyabar.

Jangan terkejut lalu bersedih kerana orang yang selama ini rapat dengan anda tiba-tiba menghunjamkan anak panah ke tubuh anda. Kerana nanti anda akan mendapat orang lain yang akan mencabut anak panah tersebut, merawat lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyuman anda.

Jangan terlalu memikirkan kertas-kertas usang yang telah berubah warnanya, membingungkan huruf-hurufnya dan kabur tulisannya. Anda akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan yang terbaik yang pernah anda tulis dan kertas itu bukan kertas terakhir yang anda tulis.

Jangan jadi seperti raja yang murung dan sedih. Tetapi jadilah seperti burung yang mengagumkan, tetap mendendangkan kicauannya yang terindah meskipun kakinya terluka. Di dunia ini, tidak seorang pun yang berhak atas darahmu meskipun setitik.

“Kebahagiaan itu adalah ketika mushaf menjadi kawan anda, kerja anda menjadi kesukaan anda, rumah anda menjadi tempat ibadah anda dan perbendaharaan anda adalah sifat qanaah anda”

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

  1. jangan asyik melihat ke belakang dan kenangan lama, ianya tidak mampu mengubah sejarah dan tidak mampu menganjak masa.

    paling penting kena asas yang kuat seperti akar lalang yg kuat walaupun daunan terlentok2 di tiup taufan, akarnya tetap utuh di atas tanah.

    semoga Cik DN sentiasa bahagia dan gembira selalu. in shaa Allah

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^