3days 2nights in JB

I’m in JB!!!! Hehe… So excited. Walaupun pergi seorang diri ke JB dari Keratong (Meeting MPOB PULAPES), DN rasa sangat teruja. Eh, Wayne Rooney ada temankan DN sepanjang perjalanan so takde sunyi sangat. Hehe… Habis je meeting kt Keratong pukul 1, tanpa berlengah DN terus ke JB dan tiba di Goodhope Hotel jam 4.30 petang. Meeting UiTM Pasir Gudang keesokan harinya jam 2.30 petang so DN ada banyak masa untuk berjalan-jalan di JB. Seronoknye dapat mengimbau kenangan di sini. Rasa nak menangis pun ada. Sobsob… Hmm… Walaupun korang taknak tahu apa yang DN lakukan di JB, DN tetap nak cerita disini. Nak baca silakan, taknak baca korang tetap akan baca gak kan… Hehe… Betapa DN tidak sia-siakan masa yang ada di JB sehinggakan rasa letih itu hilang walau perjalanan sangat jauh. DN tahu letih ke?? Good question. Hehe…

31 Mac 2010

8malam – Lokasi adalah di My Friend Tomyam bersama seorang rakan belajar UTM yang menetap dan bekerja di Pasir Gudang. Memang anak jati Johor beliau ni so takde risau sangat kalau ke JB lagi lepas ni. Beliau tetap ada. Berbual sambil makan malam (thanks belanja DN) sehingga jam 10 malam. Perbualan banyak berkisarkan tentang kerja, rakan-rakan UTM dan ilmuan Islam...

11malam – Lokasi adalah Restoran Ikan Bakar, Senibung bersama rakan belajar SMKA Simpang Lima dan rakan-rakan beliau. Dari Pasir Gudang, DN lalu Plentong tuju ke Permas Jaya dan akhirnya sampai Senibung. Wahhh… DN masih ingat laluan ini. Seronoknya… Hehe… Bersama beliau mengimbau kembali zaman belajar di sekolah dulu… “ABC”, “Nonstop” dan “Drumstick”… Hanya kami yang mengetahui dan memahaminya. Hmm… Kenangan… Hikhik…

1 April 2010

1 pagi – Lokasi adalah di Danga Bay. Berjalan-jalan dengan beliau sambil mendengar live band dan dalam kepala ini mengimbau kenangan zaman belajar di UTM dulu. Banyaknya kenangan DN disini… Huhu… Apapun terima kasih kepada beliau kerana sudi menemani diri ini. Kalau tiada beliau, DN berjalan-jalan seorang diri la gamaknye. Hehe… Dah penat berjalan-jalan, kami berdiri di tepi Pantai Lido sambil berbual-bual.

2 pagi – Lokasi adalah di Restoran Singgah Selalu. Tempat yang selalu DN lepak suatu ketika dulu dan pada jam ini DN berada di sini lagi duduk berborak dengan beliau sambil minum (thanks belanja DN). Hmm… Tiada banyak perubahan tapi yang paling ketara perubahan pada restoran ini adalah tempat shisha yang sangat besar. Tempat ni tetap happening macam dulu…

3 pagi – Lokasi adalah di bilik 1108, Goodhope Hotel. Apa lagi, time to sleep la. Selamat malam sayang… Hehe… Sebelum tiba di bilik hotel semula, DN menghantar beliau ke Naza Hotel, tempat beliau menginap. Tapi sebelum itu jalan-jalan di sekitar Stulang Laut. Macam dulu juga, kawasan ini penuh dengan mereka-mereka yang melepak dan berjalan-jalan. Diorang taknak tidur ke?? Ish2… (Padahal dulu zaman belajar pun selalu duduk melepak kat sini. Hehe…)

9 pagi – Lokasi adalah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kenapa hati ini rasa sedih dan macam nak nangis ye? Sentimental value banyak sangat disini. Sobsob… Masuk dari pintu berhampiran padang kawad, terus menuju ke Kolej 9, kemudian ke Kolej Perdana terus ke Fakulti Elektrik, tuju ke Bangunan HEP dan kemudian merehatkan diri dan WQL di Tasik UTM… Semasa di HEP, niat di hati ingin bertemu dengan seorang staff yang sangat dikenali dan agak rapat suatu ketika dulu tetapi beliau sudah ditukarkan ke bahagian lain. Sobsob… Sedih tak dapat berjumpa dengannya. Tapi yang paling menarik adalah ke’kerek’an seorang mak buyung yang menjaga kaunter HEP tu. Muka DN masih macam student kot.. marah-marah DN tak pakai kad metric. Bila DN kata bukan student dan nak jumpe dengan seseorang, still dengan nada tinggi kata tiada. Ish… Sabar sungguh dengan beliau ni. Masih tak puas hati, DN bertanya dengan orang lain pula. Rupanya insan yang sangat DN ingin temui tidak berada di HEP lagi. Kan senang beritahu elok-elok. Patut ramai tak suka berurusan di kaunter. Begini rupanya sikap mereka walaupun hanya segelintir sahaja yang merosakkannya.Ish2.. Cuaca dah mula agak panas, meneruskan perjalanan ke Meranti, kemudian ke Klinik UTM, tuju ke Kolej 16 & 17, kemudian pusing semula melalui Kolej Rahman Putra… melalui laluan tengah antara fakulti-fakulti dan keluar melalui pintu utama. Hajat untuk bersiar-siar di dalam UTM sudah kesampaian… Syukur Alhamdulillah…

11 pagi – Lokasi adalah di bilik 1108, Goodhope Hotel. Kemas barang-barang untuk check out. Baru perasan tak makan apa2 lagi. Excited nak jalan-jalan kt UTM punya pasal. Hihi… Lepas dah check out, tuju ke Jusco Taman U. Hmm… Nak parking kereta dah kena bayar rupanya. Patut macam tak ramai dah budak-budak UTM bertebaran dalam ni. Hihi… Apsal takde selera nak makan pulak ni. Hmm… Lepas jalan-jalan dalam Jusco, duduk kat Arena sambil minum dan berbual dengan Cik Khamisah. Terima kasih Cik Khamisah kerana sudi menemani DN walau hanya dengar suara sahaja. Itu pun sudah memadai bagi DN…

2 petang – Lokasi adalah di UM Land Meeting Room, Bandar Seri Alam. Mesyuarat bermula melibatkan isu infra untuk projek UiTM Pasir Gudang. Disebabkan syarikat DN terlibat dengan kerja-kerja infra elektrikal untuk projek ini, DN menggalas tanggungjawab untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja infra diperolehi. Alhamdulillah… mereka sangat membantu.

5 petang – Lokasi adalah di U Hotel, Taman U. Check in disini pula. Hatiku sudah ditawan di JB. Hihihi… Perkara diluar jangkaan DN berlaku. Sebelum ke lokasi ini, seorang insan yang dikenali di setiap mesyuarat UiTM Pasir Gudang ini telah memberhentikan kereta Audi A4 beliau di sebelah kereta DN semasa di lampu isyarat susur keluar dari Bandar Seri Alam. Disebabkan beliau membuka tingkap kereta beliau, DN pun turut sama membuka tingkap kereta DN. Sangat mengejutkan apabila beliau memberi nombor telefon beliau kepada DN dan meminta DN mesejkan nombor telefon DN kepadanya. Kerana kami saling mengenali dan terlibat dalam projek yang sama, DN memberikan nombor telefon DN kepadanya.

6 petang – Lokasi adalah di Coffee House,Thistle Hotel. Atas pelawaan beliau, DN menemani beliau minum-minum (thanks belanja DN) di sini sambil berborak. At the first place, I’m quit nerves. Iyelah… Seorang lelaki yang memiliki syarikat sendiri dan berada serta setaraf dengan bos DN sudi mempelawa DN menemaninya disini. Tidak masuk di akal rasanya tetapi perkara ini benar-benar berlaku dan bukan mimpi. Hmmm… Selesa berbual dengan beliau. Apa yang tidak selesa adalah keadaan di situ yang agak sejuk. DN mana suka tempat sejuk. Beliau sedar ketidakselesaan DN dan ingat DN tidak selesa bersamanya jadi DN terpaksa berterus terang yang DN tidak menyukai tempat sejuk ini. Tukar ke tempat yang kurang sejuk pula… Hihihi… Apa lah DN ni kan… Beliau cuba mengetahui latar belakang dan rahsia hidup DN. Hmm… Apakah semua ini??

8 malam – Lokasi adalah di Rumah Limas,Danga Bay. Beliau teringin nak jalan-jalan di Danga Bay so DN membawa beliau jalan-jalan menaiki kereta DN dan akhirnya berhenti di sini untuk makan. Beliau sudah ada janjitemu makan malam bersama Medini sebenarnya dan niat asal adalah hanya bersiar-siar tetapi beliau sudah mula lapar so kami berhenti di sini untuk makan malam yang ringan sahaja (thanks belanja DN). Perbualan diteruskan dan hmm… I think he’s so annoying with those questions but why I feel comfortable and happy with him? Mungkin sebab usia beliau yang sudah lama melewati suku abad berbanding DN yang masih lagi suku abad dan kehidupan sosial beliau menyebabkan beliau pandai menguasai keadaan dan menarik perhatian. Think positive… Hehe…

11 malam – Lokasi adalah di Restoran Tungku Impian, Pulai Utama. Selepas menghantar beliau kembali ke Thistle, DN berjumpa pula dengan seorang rakan kepada ex-bf DN yang sebelum ini DN hanya pernah berjumpa sekali sahaja iaitu semasa hari perkahwinan beliau yang mana ketika itu DN hanya menemani ex-bf DN. Tidak pernah rapat dan tidak pernah berbual mesra tetapi disebabkan kita sudah saling mengenali dan telah menghubungkan silaturrahim talian persahabatan Islam antara kita, DN tetap menganggap beliau sahabat DN walau antara DN dan kawan beliau tidak berakhir seperti yang diimpikan. Terima kasih kerana sudi bertemu dan berbual serta minum bersama DN malam ini (thanks belanja DN). Perbualan yang singkat ini memberi DN sejuta pengertian. Terima kasih sahabat…

2 April 2010

2 pagi – Lokasi Bilik 10, U Hotel. Kembali ke sini sejam yang lalu tetapi kehadiran mesej dari insan yang berada di Thistle mengejutkan diriku yang ketika ini masih menonton TV. Beliau memaklumkan bahawa beliau baru kembali dari berkaraoke bersama Medini dan kini sudah berada di bilik hotel beliau. Hmm… Perlukah beliau memberitahu DN semua ini ? Layankan… Hehe…

10pagi – Lokasi Bilik 10, U Hotel. Beliau menelefon DN selepas beliau selesai b’swimming dan b’gym di sana serta memberitahu bahawa beliau akan menghadiri mesyuarat bersama Medini sebentar lagi. Hmm… Agak runsing dengan segala perilaku beliau. Beliau bertanyakan tentang kepulangan DN malam tadi, apa yang DN makan, bila akan pulang ke Selangor dan macam-macam lagi. Terlalu mengambil berat terhadap DN dan DN lemah dengan insan sebegini. Walaupun nampak DN ini selalu bersendiri, boleh membuat keputusan sendiri, membawa diri sendiri tanpa bergantung dengan orang lain, tetapi jauh di sudut hati DN, DN memang dambakan seorang insan yang mengambil berat diri ini. Huh… Ya Allah… Jika kehadiran insan ini juga adalah untuk sementara, berilah diriku ini kekuatan untuk menghadapinya sekali lagi dan diriku sangat bersyukur dengan kehadiran insan-insan yang mewarnai perjalanan hidupku ini. Syukur Alhamdulillah…

3 petang – Lokasi adalah Samudra Consult. Alhamdulillah… DN selamat kembali selepas perjalanan seorang diri dari JB. Meneruskan kerja-kerja di dalam ofis semula. Memaklumkan kepulangan DN kepada insan-insan yang mengambil berat diri ini. Insan di Thistle? Mesti tahu juga kepulangan DN dan beliau pula dalam perjalanan pulang ketika ini.

Kenangan selama 3hari 2malam di Johor Bahru telah berjaya DN abadikan disini. I’m really loved those moments with you all. Betapa DN menghargai insan-insan yang hadir dalam hidup DN ini. Syukur Alhamdulillah… Semoga persahabatan yang telah terjalin antara kita akan terus kukuh dan dipelihara olehNya… Insyaallah…


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. tak abis lagi baca cerita deq no nih tapi deq no seorang yang sentimental kot.hehehhe.sambung esok.ngantuk tapi agak teruja:)

    ReplyDelete
  2. emmm.akhirnyer abis jugak ku baca coretan yang begitu panjang lebar.kesimpulannyer,anda seronok diJB.dan i rasa sngat tak best baca citer orang pergi JB(rindu)hehe;)

    ReplyDelete
  3. hahaha... dn mmg suke sentimental2 ni... ;p
    & bkn berniat nk jeleskan sesiapa ye. cume nak abadikan kenangan di JB kt cni... ;-)

    ReplyDelete
  4. mak aih...pjg seh jalan cite ko..hope u met rite person..aminnn--non stop-

    ReplyDelete
  5. tq2... panjang ye. hihihi... betapa setiap saat kat sana sangat berharga bg DN. thanks again... :-)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^