Ceritera Semalam... Pengajaran...

Meeting PULAPES (Pusat Latihan dan Pembangunan Pekebun Kecil Sawit) MPOB di Keratong, Pahang semalam…. Mula-mula dapat notis meeting untuk Landscape sahaja pukul 10pagi, selang beberapa minit dapat pula notis untuk Interior Design (ID) pukul 11pagi so DN kena lah turun gak meeting ni. Perlu pastikan maklumat servis elektrikal terutamanya wall light, underfloor trunking, equipment rack and so on diperolehi oleh pihak ID. Taknak nanti ID letak perabot tutup services yang kitorang dah letak.

Keluar rumah pukul 7.30pagi, isi minyak kat Petronas berhampiran rumah, beli sikit roti dan air untuk breakfast dalam perjalanan nanti, meneruskan perjalanan ke Keratong. Sampai di Tol Simpang Ampat, stuck kat sini lebih 30minit. Huh… Tension sungguh… Ingat ada accident ke… Rupanya tutup seketika untuk buat jalan. Sabar je… Pagi-pagi time orang tengah sibuk nak pergi kerja, pagi-pagi ni juga lah nak buat jalan. Huh…

Tiba di Kompleks MPOB Keratong pukul 11.15 pagi. Agak lewat… Huh… (Tak suka sungguh masuk meeting lewat) Rupa-rupanya memang mereka tunggu kehadiran DN. Bila DN masuk meeting baru diorang start. Pada mulanya DN rasa pelik gak tapi rupa-rupanya baru DN perasan arkitek, civil & structure (C&S) engineer dan quantity surveyor (QS) tidak hadir so DN menjadi perhatian untuk semua isu. I’m leading this meeting I guess… Sabotaj… Sabotaj… Hari ini DN consultant untuk semua. Kenapa mereka tidak hadir ye? Merajuk kot sebab ID dan QS, klien pilih orang lain. Cuma Mechanical & Electrical (M&E) sahaja kekal kami sebagai konsultannya. Hahaha…. Suka hati judge orang. Tak kisah la. Yang penting tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan.

Pn. Noor ini bangunan apa? Pn. Noor kita kat blok mana? Pn. Noor boleh tunjukkan lokasi kita di drawing ni? Pn. Noor mana satu pintu utama? Pn. Noor nanti tanam rumput ke tidak kawasan ini? Pn. Noor cermin toilet ada tak? Pn. Noor ini point apa? Pn. Noor grill untuk safety ada tidak dalam kontrak asal? Pn Noor service box ni untuk service apa? Pn Noor service box ini boleh guna untuk berapa orang? Pn. Noor boleh tak nak tukar equipment rack ke tempat lain? Pn Noor berapa horse power aircond di bilik ni? Pn. Noor kenapa compressed air system ini end disini sahaja? Pn. Noor berapa tan overhead crane ni? Pn. Noor kenapa service pit ini tiada tile? Pn. Noor kalau tambah awning dari Farm Mechanisation A ke Farm Mechanisation B boleh? Pn. Noor itu… Pn. Noor ini… Huh…. Yeah… Memang kerja DN untuk ingat, decide dan tahu semuanya. Terima kasih kalian yang memberi tanggungjawab besar ini kepada DN. Saya sangat suka. Huhu….

Pukul 2 baru habis dan tanpa menjamah makan tengah hari, meneruskan perjalanan pulang. Sesuatu di luar jangkaan berlaku apabila tiba di R&R Seremban,isyarat kekurangan minyak kereta sudah menyala tetapi sistem di Stesen minyak Petronas dan Shell bermasalah. Guna cash or credit card, dua-dua tidak boleh so nak tunggu ke atau redah je? Hmm… Pada mulanya tunggu juga hampir 20minit tetapi tetap tiada perubahan so apa lagi… Meneruskan perjalanan… Tawakkal je lah dan Alhamdulillah… sempat sampai ke stesen minyak Shell berikutnya…

Tuju ke AU3 untuk berjumpa dengan Cik Musalmiza yang katanya tidak sihat.DN dengan jalan KL bukannya pandai sangat tapi dengan sedikit keyakinan, redah je. Entah jalan mana DN lalu pun DN tak pasti. Dahla rumah Musalmiza tak tahu kat mana, telefon 016 pula sudah kehabisan bateri manakala telefon 012 bateri sudah merah. Tawakkal lagi sebab sudah berjanji dengan Musalmiza untuk berjumpa dengannya. Hehe.. Pastu lama juga tak berjumpa dengan beliau ini. Akhirnya… Jam 6.30petang tiba di kawasan perumahan beliau. Lunch + dinner bersama di Pizza Hut Jusco Setiawangsa, kemudian ke rumah sewa beliau di AU3, berborak-borak sehingga jam 10malam, DN kembali ke rumah… Pengalaman seharian yang sungguh menyeronokkan. Seronok ke? Pengajaran… Pastikan minyak kereta tidak kurang dari 1 bar apabila berjalan jauh dan pastikan cas telefon sepenuhnya sebelum berjalan jauh. Hehe…

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

  1. kesian puan nor melayan dn yang agak annoying(working time only)heheh.lama tak jumpa mus.lama tak tengok senyuman manis dia tuh..hahha

    ReplyDelete
  2. plz la... i'm cik noor... not pn. noor... huhu... mus ade kt kl ni ha... i dh tau umah beliau so nk jumpe slalu pasni bleh je. hehe...

    ReplyDelete
  3. dah ada powerbank, bateri dah takde masalah lagi kan.

    boleh ingat ye semua soalan. ke memang Cik DN dah catat kat buku

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^