...Clearance...

Hari ni tak tau kenapa DN terlebih rajin. Meja DN kat office ni sangat kemas. Tiada sehelai kertas pun. Kalau tidak, pusing kanan, kertas... pusing kiri, kertas... Kalau tengok meja DN sekarang macam bukan meja orang yang sibuk membuat kerja. Wahh!!! Bestnyer tengok meja ni. Hehe... Tapi cuma sekejap sahaja. Selang sejam kemudian... Bertimbun surat keluar dari bilik bos dan diletakkan atas meja. Ishh... Penat kemas tadi tau. Hehe...

Bukan setakat meja je DN kemas, laptop pun menjadi mangsa kekemasan DN harini. Mana-mana yang berserakan di desktop DN masukkan dalam folder yang terlibat... Yang tidak berkaitan DN delete... Yang memang sudah ada dalam folder DN devide lagi kepada folder ikut nama architect, C&S, QS, TNB, Telekom, klien, drawing dan macam-macam lagi. Baru la kemas dan tak serabut tengok. Wahh!! Sungguh rajin harini (perasan). Hihihi...

Dalam mengemas folder yang terlibat, DN terbuka folder (D:\deq noor\LAIN-LAIN\gambar\my engagement day). DN tengok balik gambar-gambar di saat DN menjadi tunangan orang. Hmm.... Sedih... Sebak... Terkilan... Pelbagai perasaan bercampur baur dalam hati dan diri ini tetapi inilah kehidupan DN. Hidup mesti diteruskan dan sisa-sisa kekuatan yang tinggal inilah DN meneruskan hidup ini tanpa status tunangan orang lagi selepas 1tahun DN bergelar tunangan orang. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini dan DN redha dengan apa yang berlaku. Kami tiada jodoh dan pertemuan serta ikatan yang pernah kita jalin meninggalkan seribu satu kenangan yang telah membuatkan diri ini lebih dewasa dan tabah mengharungi hidup ini. Terima kasih kenangan... Terima kasih impian... Terima kasih Allah... Sesungguhnya Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri DN maka teruskanlah bersangka baik denganNya.... Syukur alhamdulillah atas kehidupan yang sungguh indah ini...

Nak tengok gambar masa DN bertunang dulu? Hehe.... DN share with you all. Enjoy the pictures!!!


























Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. awal cerita yang ceria tapi pengahiran yang sedih.tabahkan hati mu.jgan mudah berpaling dariNYA.Insyaallah ini akan menjadikan deq no lebih kuat.

    ReplyDelete
  2. yeah... tq sahabat... insyaallah... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini. Syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. dn..baju tunang tu sewa ke wat sndr...kalo wat sndr nk pinjam...kha3

    ReplyDelete
  4. mesti la sewa... jz pakai 1x je xdenye dn nk ngade2 wat sendiri. hehe...

    ReplyDelete
  5. sama je muka DN dulu dan sekarang. yer..tgk balik gambar kat Kenny Rogers tu.

    DN jgn risau ye. Tak semestinya frust bercinta putus tunang,akan berterusan mcmtu.

    Belum sampai jodoh lagi tu. in shaa Allah, nanti DN akan jadi isteri dan ibu kepada lelaki yg benar2 ikhlas menyintai DN.

    trust Allah. and me to.

    teruskan dengan seuyum di bibir. Ramai lagi yang masih menyayangi DN

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^