is weekending~


Aktiviti hujung minggu yang sangat menggembirakan… Terima kasih kepada mereka yang menyerikan hari-hari DN… Tak tahu kenapa DN nak abadikan disini. Padahal bukannye best sangat pun tapi tetap nak update gak disini. Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca bebelan DN ni….
Jumaat : 16 April 2010
Balik kerja agak awal harini. Dalam pukul 7.30mlm dah sampai rumah. Macam biasa, balik rumah mandi, solat dan kemudian berkurung dalam bilik. Perut rasa lapar pulak so masuk dapur dan membuat sup sayur. Cukup lah untuk perut sendiri. Lepas makan, berkurung semula dalam bilik, tapi mata tak ngantuk lagi so tengok la ikan-ikan belaan DN dalam iphone ni… Thanks to Peili kerana mengajar DN main game dalam iphone. Memang sangat best!! Hehe… Malam-malam yang membosankan diisi dengan ikan-ikan yang menyeronokkan mata memandang…
Telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Siapa lah yang mesej malam-malam ni. DN tengok nama yang keluar dan sangat terkejut menerima mesej beliau di waktu malam begini. Macam tahu je DN di rumah sahaja harini. Adakah benar beliau masih belum kahwin atau beliau sebenarnya duda ataupun bujang terlajak sudah… Hmmm… Tak kisah lah. Yang penting beliau menemani DN sepanjang malam ini. Kami bermesej bermula dari jam 20:52:28 sehingga 23:32:54. Seronok bermesej dengan beliau. Terima kasih kerana menemani malam DN yang sepatutnya membosankan menjadi sesuatu yang sangat menggembirakan….
Sabtu : 17 April 2010
Pergi ke rumah pakcik DN di Seksyen 6, Shah Alam. Semalam dah berjanji dengan makcik DN untuk bawa beliau berjalan-jalan so harini DN membawa beliau makan di Johnny’s Restaurant One Utama. Lepas makan, terus pulang semula ke rumah pakcik DN. Duduk di bilik merehatkan diri sambil menonton TV, tepat jam 6, DN keluar untuk berjoging. Macam biasa seorang diri. Niat awal hendak ke tasik Shah Alam tapi memandangkan cuaca seperti hendak hujan, DN cuma pergi ke tasik kecil di Seksyen 7 berdekatan rumah Menteri Besar Selangor. Tidak diketahui apakah nama tasik tersebut. Dekat je dengan rumah pakcik DN. Tahu dekat camni baik tak perlu bawa kereta kan. Pusing tasik tersebut 3 pusingan… hujan rintik-rintik mulai turun… Kembali semula ke rumah pakcik DN, mandi, solat, merehatkan diri dan menonton TV. Niat di hati taknak makan malam. Maklumlah, ingin menjalankan misi menurunkan 3kg tetapi misi telah diganggu gugat dengan kehadiran sushi yang dibawa pulang oleh sepupu DN. Adehh… DN dan sushi memang tidak boleh dipisahkan so ade lah dalam 6 biji sushi DN makan malam itu. Huh… Esok kena jogging lagi ni. Hehe… Kembali menonton TV di bilik… Dalam pukul 2pagi baru boleh melelapkan mata. Malam ni tidur di rumah pakcik DN sahaja…
Ahad : 18 April 2010
Jam 10pagi, membuat kerja-kerja di ofis. Hari Ahad kerja ke??? Soalan yang bagus. DN dan kerja juga tidak boleh dipisahkan. Tidak kira lah hari apa, bila DN rasa nak buat kerja, DN akan datang walaupun hanya di ofis sendirian. Workaholic ke DN ni?? Entah lah. Apa yang penting, I like my works damn much. Hehe…
Jam 2petang, Hanim datang di ofis DN dan kami meneruskan perjalanan ke Pavillion. Window shopping je… Ada gak la aim beberapa helai baju untuk shopping bila sale nanti. Kalau tak sale bajunya semua lebih RM200… Taknak la beli sekarang. Tapi Hanim mendapat Mr. Frogie yang sangat cantik untuk dijadikan hantaran pertunangan beliau nanti. Memang sangat cantik tapi gambar DN taknak letak disini ye. Nanti xsurprise.. Hehe…Sebelum memenatkan diri berjalan-jalan dari 1 aras ke aras yang lain, kami mendapatkan tenaga di The Loaf. Sebenarnya Hanim nak makan lasagna, tetapi bau yang sangat sedap di depan pintu The Loaf ni telah menarik kami untuk makan di sana tanpa lasagna… Memujuk hati akan dinner lasagna nanti. Hehe…
Jam 7malam, tiba di Summit USJ untuk berkaraoke pula. Asalnya nak berkaraoke di Red Box Pavillion tetapi kena tunggu lepas pukul 6. Mesti la kami taknak tunggu sebab lepas pukul 6 harga dua kali ganda dari sebelum pukul 6. Itu lah yang menyebabkan kami ke Summit USJ ni. Berkaraoke 1jam… Huh… Lagu Pelamin Anganku Musnah telah memusnahkan suara DN. Waaa…. Sumbang mambang sudah bila nyanyi lagu lain.. Sobsob… Tapi tetap cuba mengekalkan baki suara yang ada untuk menghabiskan masa 1jam yang ada. Dah la berkaraoke berdua dengan Hanim sahaja. Lepas DN, Hanim, lepas Hanim, DN. Mane xmerdu suara kami lepas tu. Hahaha….
Jam 9 malam di Naili’s Taipan. Asalnya nak makan lasagna di Secret Recipe tetapi sebab dah ke Taipan so kami bertukar rancangan kepada Naili’s pula. Makan malam kami adalah tomyam campur, beef lasagna dan brownies. Hmm… Nak diet ape makan camni. Hahaha… Tapi sangat mengecewakan… Lasagna kat sini tak sama macam di Naili’s Ampang. Huh… Mujur tomyam dan brownies sedap. Kalau tidak, memang palang terus lah Naili’s di Taipan ni. Huhu….
Isnin : 19 April 2010
Disebabkan makan yang terlalu banyak malam tadi, maka menekadkan diri untuk berpuasa… Yeah… DN berpuasa hari ini tetapi apabila sampai di ofis pagi ni… Ada sesuatu yang dibuat oleh Kak Suzie…
Waaa… Manchester United Cupcake!!! But… I’m fasting today… Mujur officemate semua memahami kegilaan dan kefanatikan DN dengan MU ni so diorang langsung tak usik cupcake MU ni. Siap simpan lagi di peti sejuk untuk DN makan bila buka puasa nanti. Sangat terharu… Sobsob… Terima kasih kalian…
Done updating my weekend… Time to concentrate on works again… “Saya suka kerja saya”…
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^