Hanim & Farid (1 Mei 2010)

Raya 2007... Farid dan Anuar menemani DN beraya ke rumah seorang gadis comel di Seksyen 17 bernama Nurhanim Sarion. Sahabat yang suatu ketika dulu di SMKA Simpang Lima selalu balik ke rumah bersama, keluar pekan bersama, mandi bersama, makan bersama, tidur bersama... Hubungan kami agak renggang apabila DN melanjutkan pelajaran ke Institut Maxisegar dan kemudian ke UTM, manakala Hanim melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 dan seterusnya ke UPM. Raya ini telah menemukan kami semula apabila kami bertiga bertandang ke rumahnya. Hanim... masih seperti dahulu. Periang dan manja....

Selepas dari pertemuan ini... entah bagaimana dan dimana permulaannya... Hanim dan Farid menjadi semakin akrab dan bibit-bibit cinta mulai berputik antara mereka. Ramai yang tidak dapat menerima dan mempersoalkan perhubungan mereka tetapi DN menyokongnya. DN mengenali Hanim, juga Farid dan pastinya ada keserasian antara mereka. Seronok dan gembira melihat gelagat dan kemesraan mereka setiap kali kita keluar bersama. Alangkah gembira dan bahagianya mereka. Semoga suatu hari nanti DN juga akan seperti mereka...

Tanggal 1 Mei 2010 (Sabtu)... Mereka melangkah ke babak berikutnya dalam kehidupan ini... Mengikat tali pertunangan... DN mengambil cuti pada hari Jumaat untuk membantu mereka dalam urusan pertunangan ini. Membeli keperluan yang perlu... Membantu apa yang patut... Menemani Hanim untuk satu malam dirumahnya sehingga selesai majlis pada hari tersebut, baru DN pulang ke rumah... Tidur tidak mencukupi... Penat... Itu yang DN rasakan tetapi DN puas dan gembira apabila segalanya berjalan lancar dan melihat kegembiraan terpancar di wajah Hanim dan Farid. Tahniah untuk kalian berdua. DN sudah bersedia untuk membantu kalian di najlis pernikahan nanti....

DN abadikan gambar gadis comel bernama Nurhanim Sarion ini untuk tatapan kalian...


Beliau yang bernama Nurhanim Sarion...


DN dan Hanim... Sahabat karib sejak sekian lama...


Upppsss.... Aksi gediks kami yang sangat comey.... Hehe...


Kokkk, Hanim & DN... Tiga serangkai yang sentiasa berkongsi suka dan duka bersama-sama...

Hadiah dari DN untuk kalian sebagai tanda betapa DN mendoakan kebahagian kalian berdua dan gembiranya melihat kalian...

Mr. Frogie!!!! mencari prince sehingga ke Pavillion dan simbolik sungguh kan melihat Prince Frogie menaiki kereta emas.... Hehe....


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. deq no nampak lagi ceria mengalahkan orang yang bertunang....hihihi:p

    ReplyDelete
  2. Muahaha...
    No doubt.. am really hepi dat day even bkn dn yg b'tunang. ^_^

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^