al-fatihah...

Last Friday, 18 Jun 2010 I go to Kuantan attending defect meeting for my previous project. Dah lama tidak menjejakkan kaki ke Kuantan. Disebabkan meeting pukul 9.30pagi, perlu membawa kereta sendiri ke sana sebab flight ke sana paling awal pukul 9.10pagi dan tiba ke Kuantan pukul 9.50pagi. Seawal 6pagi memulakan perjalanan seorang diri ke sana…

Tiba ke tempat yang dituju agak lewat kerana terdapat kemalangan melibatkan sebuah bas dengan kereta. Sangat dasyat kemalangan tersebut. Nauzubillah… DN sampai jam 9.45pagi. Mesyuarat diadakan seperti biasa yang dipengerusikan oleh arkitek projek dan dikala ini DN teringatkan seorang insan yang menjadi idola DN dalam bidang kerja ini. Banyak projek yang melibatkan kami bersama. Pertemuan dan perbincangan banyak dilakukan untuk menjayakan sesebuah projek dan walau DN masih muda, idea dan pemikiran DN tetap diambilkira dan dipertimbangkan. Semangat dan ketekunannya menjadi sumber inspirasi DN… Allahyarhamah Ar Dato’ Jimas… Allah lebih menyayanginya… 26 November 2009 beliau dijemput Ilahi… Syukur Alhamdulillah DN diberi kesempatan untuk mengenali beliau.
Di projek inilah pertama kali DN mengenali beliau. Kami membuat projek ini bersama-sama. Beliau sebagai arkitek manakala DN sebagai jurutera m&e. Sikap yang ditunjukkannya dan pasukan projek yang banyak memberikan kerjasama membuatkan projek ini berjaya disiapkan tanpa banyak permasalahan. Setiap bulan memang pertemuan ini sangat dinantikan untuk bertemu beliau dan rakan-rakan sepasukan yang lain. Hambar meeting dirasakan jika beliau tidak mempengerusikan mesyuarat tersebut seperti yang dirasai kali ini. Rindu juga diri ini kepadanya. Hanya al-Fatihah yang mampu dihulurkan tatkala mengingati beliau. Al-fatihah untuk Arwah Ar Dato’ Jimas…
Gambar ini diabadikan ketika pemeriksaan Bomba ke atas projek tersebut. Ketika ini DN perlu membentangkan kerja-kerja Sistem Pencegah Kebakaran yang digunapakai di sekolah ini selepas arwah membentangkan bahagian arkitek yang terlibat. Ya Allah… Syukur atas pertemuan seketika ini. Pertemuan ini akan tetap menjadi kenangan…

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. Hi izzati... Xberkesempatan kenal keluarga arwah. Selamat berkenalan... Al-fatihah untuk arwah... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^