Selamat Tinggal Kenangan... Terima Kasih Pertemuan... Persandingan Sahabatku...


Cepatnya masa berlalu… Julai 2010… Bermula kisah baru dalam hidupku & tinggalkan semua cerita lama. Jadikan ia sebagai memori dan pengalaman pahit dalam hidupku. Hidup mesti diteruskan. Tiada lagi tangisan… Tiada lagi rintihan… Tiada lagi kesedihan… Selamat tinggal kenangan… Hidup ini sangat menarik jika kita tahu menghargainya. Oleh itu, diri ini tidak akan bazirkan sisa-sisa hidup yang ada untuk terus dibayangi masa silam dan lampau. Setiap ujian harus ditempuhi dengan sabar dan redha. Insyaallah… Kemanisan menanti….

Dalam kesibukan dengan kerja pada bulan Jun yang lalu, DN tetap memberikan diri ini ruang untuk bersama sahabat-sahabat DN. Walau setiap hari dipenuhi dengan mesyuarat di sana sini, world cup di waktu malam dan awal pagi, diri ini tetap digagahi jua untuk menikmati sisa-sisa hidup ini bersama kerja dan sahabat sekalian. Pertemuan yang tidak dijangka dengan seorang insan yang terpisah lebih 3tahun menambahkan lagi sinar keceriaan dalam hidup DN. Bertemu semula di hari kelahirannya menjadikan pertemuan ini sangat bermakna. Terima kasih atas pertemuan ini. Terima kasih kerana masih sudi bertemu lagi untuk hari-hari selainnya…

Melihat sahabat baik DN di majlis persandingannya turut membahagiakan DN. Mushirah & Halim… Semoga ikatan suci kalian kekal selamanya… Mengimbas kembali persahabatan kita… ARMDiva tetap dalam ingatan. Ainus sudah berkahwin lebih 1tahun… Raihana kini sudah bergelar tunangan orang dan bakal disatukan tahun depan. Insyaallah… Mushirah kini sudah bergelar isteri. Tiada lagi teman untuk sama-sama menziarahi rakan-rakan dan guru-guru apabila idulfitri bakal tiba beberapa bulan lagi. Tidak mengapa sahabatku. Tiada apa yang lebih bermakna selain melihat kegembiraan yang terpancar di wajahmu, Mushirah… dan DN masih begini… Terus bekerja dan menulis sebagai penghibur hati…
Moga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dalam hidupku…




Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. apasal garu leher. ada rantai emas besar ke?? hoho

    ReplyDelete
  2. Eh comel Dn berbaju hijau he...23x eh bro macam xpernah jumpa Dn berbaju kurung la... ye la kan he..23x

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^