Puasa & Makan... Hmm...

Masih tak terlambat untuk DN mengucapkan selamat berpuasa kepada kalian. Tinggal 10hari lagi untuk kita berpuasa. Ambillah keberkatan dalam 10 malam terakhir ini. Insyaallah.... Untuk ingatan diri sendiri juga. Mana tak nye. Setiap hari asyik makan je. Banyak sangat jemputan buka puasa. Tak pegi tak best plak. DN kan rajin melayan... Hehe...

Hari pertama : popia basah & roti jala sponsored by Abg Man. Beli kat bazaar ramadhan stadium seksyen 13 shah alam & berbuka dalam ofis. Sementara tunggu buka puasa buat la keje sikit

Hari kedua : popia goreng & kebab sponsored by Bos Zahari. Seperti biasa beli kat bazaar ramadhan stadium seksyen 13 shah alam & berbuka dalam ofis. Sementara tunggu buka puasa buat kerja sikit & tgk muvi cerita Titanic. Sedih woo cite ni. Menangis DN dibuatnye. Haha… 1st time tengok padahal cite ni dah lama

Hari ketiga : berbuka di holiday villa subang sponsored by Samudra Engineers Sdn Bhd. Banyak gak DN makan tapi makanan kat sane ok lah… Nak kata tak sedap boleh lagi nak makan cuma tak berapa best lah makanan dia. Tiada yang special yang boleh diingati selepas kita dah makan kat sana so consider boleh diterima untuk makan. Hehe…
Hari keempat : berbuka di flaming steamboat buffet bandar sunway. Ni sebab gathering SLISS (Simpang Lima Islamic Secondary School) handled by me. Kebetulan bezday Salam on dat day so ade gak la celebrate bezday Salam kat sane then kami berkaraoke pula di Superstar Alamanda Putrajaya. Thanks to Salam, Lili, Hizzatt, Khamisah, Anuar, Ainul, Ijai, Suzana, Azura Rahman, Farid, Hanim Faiz Mistar & gf, Fadhil Mistar & gf dan Amir & wife… Your presents are really appreciated.

Hari kelima : berbuka di restoran saba' cyberjaya dengan Hizzatt. Beliau kata makanan Arab kat sini best tapi bagi DN nasi dia je yang best. Lauk biasa sahaja. Hmm.. Taktau lah if time buffet je lauk dia tak berapa best.
Hari keenam : sata, popia & lopes… Kali ni beli di bazaar ramadhan Usj 4 dan berbuka di Usj 4 bersama Farah…

Hari ketujuh : ayam goreng beli di McDonald Giant Seksyen 13 kemudian berbuka di ofis… Pastu En. Kahar ajak DN teman dia berbuka so memandangkan dah kenyang tadi DN hanya minum vanilla milkshake di madam kwan bangsar & kemudiannya javachips di starbucks bangsar village

Hari kelapan : Berbuka di sakae sushi klcc dengan Zarina Marsaleh & lepas hantar beliau kembali ke hotel istana kl, DN pekena bihun tomyam di restoran raja udang setiawangsa dengan Musalmiza…
Hari kesembilan : Berbuka spegetti bolognaise di Usj 4 bersama dengan Farah & Khamisah…

Hari kesepuluh : Berbuka di domino's pizza ss12 bersama Zura & her dad sementara tunggu Zura hendak dimasukkan ke sdmc. She accident on her birthday so I’m here to see her condition and syukur Alhamdulillah Cuma hidung yang patah tapi itupun seksa tengok…
Hari kesebelas : Berbuka di grand bluewave hotel shah alam sponsored by Interscience Sdn Bhd... Company Farah ni dan DN ditemani Musalmiza cz selepas ni nak lawat Zura kat SDMC…
Hari kedua belas : Berbuka char kuew tiow di madam kwan bangsar & javachip di starbucks bangsar village sponsored by En. Kahar…

Hari ke tigabelas : Berbuka spageti carbonara di dave's deli subang parade bersama Hizzatt selepas banyak tempat kami pergi harini… Sangat penat tapi puas hati. Hehe…
Hari keempat belas : Disebabkan tidak berpuasa so bungkus kat subway dan makan di bandar baru puchong 2, rumah Pei Li… Slumber je kan. Hehe… Lapo nye pasal. Layan…

Hari kelima belas : Berbuka di flaming steamboat bandar sunway dengan Fara, Aisyah, Huda, Zai & Zurin… Girls only… Hehe…
Hari keenam belas : nasi ayam, ayam percik, karipap, popia goreng & basah, murtabak.. Waaahhh.. Banyak kn. Hehe… DN beli jat bazaar stadium seksyen 13 shah alam dan berbuka kat rumah salam & lili di selayang dengan Farid & Hanim. Then kami berkaraoke di Superstar Wangsa Walk kemudian balik dari sana pekena bihun tomyam di pelaga sek.13 bersama Farid & Hanim…

Hari ketujuh belas : medan ikan bakar di northport klang untuk gathering SK Seksyen 24 yang pertama kali DN join… Seronok dapat gather ngan kalian.. Next time hopefully akan ada lagi…

Hari kelapan belas : berbuka kat sushi zanmai & starbucks di sunway pyramid bersama En. Kahar…

Hari kesembilan belas : berbuka nasi ayam di usj4 bersama Khamisah, Ise dan Topek. Bonda Khamisah yang wat nasi ayam tu. Sedap….

Hari kedua puluh aka harini : bihun goring & magi goring serta karipap beli kat bazaar ramadhan stadium seksyen 13 shah alam dan berbuka di ofis. Tgh update blog pasal makan ni sementara tunggu time buka. Hehe…

So kepada mereka yang baca… Agak2 berjaya ke DN nak diet dengan xtvt makan yang agak menarik time puasa ni? Hmm…. Renung2kanlah… Hehe… Japgi nak buka dah so kepada yang berpuasa… Selamat berbuka…
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^