Menghitung Hari


Tinggal berapa hari je lagi nak raya. Haishh… Orang lain punye la tunggu nak cuti raya tp DN tak rasa nak cuti. Gelisah rasanya bila kena cuti. Orang lain dah mula balik ke kampung harini tapi DN masih di ofis jam sebegini. Waktu DN update blog ni, jam menunjukkan pukul 10.40pm. Esok aka hari Rabu half day tapi DN maybe masih kerja hari Khamis. Sepatutnya cuti sampai Isnin but DN start kerja hari Isnin. Kalau ikutkan hati, hari Sabtu dah nak kerja. Hee… Hmm… Rasa macam nak memberontak di sini. Taknak cuti boleh tak!!!! Nak kerja.. Cuti pun still ingat kerja nanti. Menghitung hari untuk kerja semula. Huh…

Plan DN Khamis malam balik ke Sekinchan then Jumaat lepas Solat Raya, salam memohon kemaafan sesama keluarga dan ziarah sanak saudara di kampung, DN balik ke Shah Alam semula. Rehat sekejap then Sabtu boleh memulakan kerja. Ada projek nak tender , site possession, new project, VO… semua nak lepas raya. Maafkan DN untuk memilih kerja tapi itulah… Bila kita ingin mencapai sesuatu kita akan kehilangan sesuatu kan. Insyaallah… Satu hari nanti DN akan kurangkan tumpuan pada kerjaya tetapi untuk usia DN sebegini izinkan DN menimba sebanyak mana pengalaman dan pengetahuan untuk mencapai impian DN. Doakan kejayaan DN ya…
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. bagus sungguh la DN ni.asal aka asik pikir cuti je eh...hahaha... anw gud luck in whatever u do

    ReplyDelete
  2. hee... obses ngn keje kot... thanks kak... ^_^

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^