I'm home!!!

DN dah balik!!! (tersenyum gembira) Hmm.. Itu hanyalah terluah di dalam hati dan fikiran sahaja. Hakikatnya tiada siapa yang peduli DN balik ataupun tidak. Sampai rumah, parking kereta, buka pintu rumah dan tarik beg masuk ke bilik. Siapa ada di rumah ye? Ruang tamu ada orang.. Ruang tv ada orang.. Dapur tiada orang.. Hmm.. Penghuni rumah ini semua ada tetapi tiada siapa yang bersuara melihat DN pulang. Selepas 2minggu DN tiada mereka tetap tidak bertanya. Panggilan telefon memang langsung DN tidak akan terima. Hati ini selalu tertanya adakah mereka terlalu percaya atau tidak ambil peduli? Entah lah. Sedih? Ya.. Kadangkala DN sangat sedih jadi DN memilih membawa haluan sendiri supaya terubat hati ini. Sibukkan diri dengan kerja memang sudah kemestian. Meluangkan masa bersama kawan-kawan juga menjadi pilihan selain dari kerja. DN tidak pasti adakah ini pilihan yang terbaik untuk DN tetapi apa yang pasti pilihan yang DN buat ini nembuatkan DN terus tersenyum dan gembira. Walaupun begitu.. DN tetap menyayangi mereka. Semoga satu hari nanti kerinduan ini akan terubat juga dengan kasih sayang mereka..
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^