Happy Depavali

Selamat Hari Deepavali!!! Hmm... Bila ingat semula sepanjang 26tahun hidup ni DN tak ramai kawan India. Ada memang Ada tapi yang rapat tiada. Boleh tak nak masukkan dalam wishlist next year untuk ada kawan rapat India? Hee... Berkawan biar seribu berkasih biar satu. Yeke? Masih boleh pakai ke ayat 2? Fikir lah sendiri ye.. Hee..

Bila raya je mesti cuti kan. Malaysia memang penuh dengan cuti. Banyak sangat perayaan nak dirai. Muhibbah lah katakan... Tapi tidak semua orang bercuti. Masih ada yang bekerja. Macam DJ HotFM DN dengar pagi tadi dalam perjalanan ke ofis. Kerja ini amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Betul tak? Hee.. Disebabkan semalam DN tidak dapat menyiapkan kerja kerana jam sudah 11.30malam, DN masuk bekerja dan menyiapkan dokumentasi untuk Menara PJH, Putrajaya projek yang sepatutnya dihantar semalam. Jam 12.30petang, siap semuanya tetapi mesti tidak sempurna kerana masa yang singkat. Huh... Harap semuanya ok..

Thanks to Khamisah kerana teman DN di ofis tadi.. DN sangat2 hargainya. Teringat beliau teringin makan sushi jadi selepas siap semuanya kami pergi lunch di Sakae Sushi Sunway Pyramid. DN pun lame gak tak makan salmon shashimi favorite DN tu. Best2!!! Maknanya bukan Khamisah sorang je yang teringin, DN pun sama. Hee... Lepas makan kami g tengok wayang cerita Estet. Khamisah nak sangat tengok cite tu so kat ofis tadi DN dah booking tiket cerita tu. Walaupun kami berdua perempuan, tidak salah rasanya untuk booking couple seat.. Couple seat bukan untuk orang bercinta je.. Berkawan macam kami pun boleh gak. Betul tak? Hee.. Cerita yang akan membuatkan penonton ketawa dan memang sesuai dengan mood DN yang agak stress. Lepas tengok cerita tu dan dengan slumber gelak kuat2 dalam wayang, memang hilang stress DN. Best2!! Memandangkan tengah Deepavali, cerita tu memang kena dengan tema. Hehe..

Sekarang kat umah dah.. Thanks Khamisah teman dan menghiburkan DN. Ada masa nanti kita keluar sama lagi ye. True friends bring out the best in each other.. Take care buddies!! Muah2...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. thanks to you also coz u made my day =)
    sayang hari2 ya!

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^