Babai Cuti...

Eh... Kejap je dah 27hb Disember kan. Rasa cepat sahaja masa berlalu. Agak-agak apa yang dilakukan sepanjang tahun ini ye? Hmm.... Nanti DN muhasabah diri ye. Hee...

Tapi kan... Bila tengok sheet leave kerja Kak Suzie letak atas meja DN tadi rasa... waaa!!!! Buang cuti lagi tahun ini. Nak cuti tapi tak tahu nak buat apa so baik datang kerja kan. Tapi macam rugi pulak asyik buang cuti je. Kalau dapat carry forward semua ke tahun depan atau boleh tukar kepada $$$$ mesti best kan. Wahhh!!! Tiba2 jadi mata duitan pulak. Hihi... Tak caye? Nah DN tunjuk...

Last DN apply cuti 8-12 November 2010 haritu. Itu pun sebab nak kurangkan cuti. Kalau tidak, mesti lagi sakit hati. Ada 9 hari lagi ni pun dah rasa rugi. Haishh... rugi2... Huh... Carry forward boleh 5hari sahaja pulak 2. Nak buat macam mana kan... Sobsob...

Ikutkan hati memang nk cuti esok sampai jumaat so balance cuti tinggal 5hari sahaja. Tapi esok dah kene outstation ke Johor Bahru dan Pahang makanya DN yang tak reti duduk diam dari bekerja ni akan memilih kerja dari cuti. Huhu... Babai cuti... Kita jumpa tahun depan ye... Nak kene plan cuti baik2 tahun depan. Azam tahun depan tak nak bazir-bazir cuti lagi. Haha... Macam takde azam lain je kan. Kita tengok tahun depan camne ye. Hee....


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

1 Blue Komen:

  1. cuti boleh carry forward oklah tu walaupun cuma 5 hari,.

    saya punya cuti 3 tahun lepas 21 hari..3tahun berlalu tidak pernah cecah 10 hari.

    cuti takde carryforward..ianya berterusan dari mula masuk kerja sampailah skrg

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^