Make it easy

1. Berlaku selepas selesai meeting and lunch time beberapa hari yang lepas... Arkitek projek DN bertanya sama ada DN sudah ada BF atau tidak so as usual DN akan kata mestilah tiada. Bertanyakan sama ada DN berminat untuk kenal dengan Designer Architect di ofisnya memandangkan beliau masih bujang dan mereka di ofis sedang cuba membantu mencari calon-calon untuknya. Cuba sogok DN dengan latar belakangnya... Itu lah... Ini lah... Ada DN kisah? Hee... DN seperti biasa berlagak cool dengan senyuman yang paling manis DN boleh bagi, cuba mengubah tajuk perbualan tetapi tidak berjaya. Huh... "Tak salah kalau nak berkawan dulu... Kenal dulu... Mana tahu serasi, teruskan lah.."... Ayat yang selalu DN dengar. Hmm... Adakah patut DN berkawan dengannya sedangkan kalau dari ayat mereka sudah diketahui apakah niat di sebalik berkawan itu?

2. Buat masa ini DN telah memilih kerjaya dan dalam masa yang sama DN terus berkawan dan berkenalan dengan ramai lagi orang sekeliling DN untuk menambahkan lagi kenalan. Yeah... DN memang suka berkawan tapi DN berhadapan dengan satu masalah apabila bertemu orang yang tidak faham bahasa dan DN rasa sangat annoying. Hmm... Apabila DN kata DN sibuk dan tidak mahu diganggu kerana DN perlu concentrate dengan kerja or DN tengah meeting or DN tengah bersama client or contractor or supplier or what so ever tapi mesej or ym masuk selalu sehingga menyebabkan DN perlu silent mode my phone. Seperkara lagi, kebanyakan kawan-kawan DN mengetahui DN susah untuk mendapat tidur yang berkualiti dan DN paling tidak suka orang mengganggu masa kualiti tidur DN. Apabila DN sudah memutuskan perbualan tapi tetap mesej dan kadangkala call, i think that's already break the limit. I still have to silent mode my phone and put it inside my handbag. Apa yang perlu DN lakukan supaya orang ini faham bahawa DN tidak suka diganggu begini dan the most important thing is... We just friends...

3. Tempat lepak favorite DN bila di office adalah Al-rafi Bistro... Teh tarik kurang manis di sini sangat sedap. Hee... promote kedai orang. Bukan dapat share pn... hehe... As usual pagi-pagi akan breakfast sama-sama bukan sahaja dengan officemate tapi dengan budak-budak ofis lain pun join sekali. Office networking... Hee... Entah macam mana ada pulak yang kreatif boleh tangkap gambar DN dan seorang lelaki then sent to his wife padahal sepanjang DN kenal lelaki ni, DN tak pernah duduk berdua sahaja dan masuk hari ini baru kali kedua kami breakfast bersama tapi bukan berdua, berenam termasuk bos DN dan bos dia. Bercakap pun jarang sekali dan nama lelaki ini pun DN tak kenal tau. Hmm... Apa yang orang itu cuba lakukan dan buktikan sebenarnya? Siapalah orang yang kreatif itu ye?

Hmm... Cukup lah tu. Thats a lot of people who concern about me. Thank you but I really don't need all this. I'm not desperate to have a men so call special boyfriend for this time being and hopefully all of this mess would end soon... Please... Make my life easy for me...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

  1. im waiting for this..sorry im annoying person.plus anonymous :)

    ReplyDelete
  2. hahahhaha.hehehheeh.huhuhuh....dn dah pandai ada scandal.huhuhuh...kah kah kah,

    ReplyDelete
  3. Ooo... Gelakkan org ye.. Xpe2. Gelak lh lg. DN sgt suka. Hee... Urghh.. Serabut dibuatnya. Adehh..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^