Penyerahan Projek SK Raub Indah & Jaya

Akhirnya.. Siap juga kedua-dua sekolah ini. Walaupun isu jalan masuk belum selesai, sekolah-sekolah ini telah siap dan sedia untuk diduduki. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan seperti di dalam senarai kecacatan. Harap kalian dapat selesaikannya sebelum pemeriksaan kecacatan kali kedua dilakukan.

Penyerahan projek untuk kedua-dua sekolah ini telah diadakan di SK Sungai Isap Murni pada 18Disember2010 jam 2 petang yang disempurnakan oleh Tuan Haji Nazirruddin Abd Rahman, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar.
Penyerahan kunci telah dilakukan seperti berikut:-
Pengarah Urusan Hazumi Enterprise Sdn Bhd, En. Zulkifli untuk projek SK Raub indah.

Wakil Pengarah Mercu Sa-Laam Sdn Bhd, En. Asmahan untuk projek SK Raub Jaya.

Semoga kita akan bekerjasama lagi dalam projek-projek akan datang.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^