SE Switches

Sebenarnya dah lama DN nak abadikan disini tapi disebabkan kesibukan melanda menyebabkan hari ini baru sempat nak update. Pada 25 November 2010 lepas, DN ada join SE (Scheneider Electric) switches product launch di Ciao Ristorante, Jalan Kampung Pandan, KL. Nice place to boot. For more info about the place, may visit this webpage www.ciao.com.my

Parking terhad so kena parking di tapak bersebelahan yang kalau tak silap DN, tanah lot yang tidak dimajukan. Lapang... Ok lah. Jadi macam biasa mendaftarkan diri dan setiap orang diberi satu beg kertas yang berisi katalog, form cabutan bertuah dan duit tipu sebanyak RM200.
Untuk apa duit tu ye? DN pun tak tahu pada mulanya tapi bila DN dah masuk ke dalam baru DN nampak ada macam-macam game di mana duit tersebut digunakan sebagai taruhan. Disebabkan DN tak reti main so duit tersebut DN bagi kepada mereka yang excited nak main. Hee...Haa... Ini lah gunanya. Macam mana entah nak main. DN pun tak tahu. Nampak benda bulat putih di atas tu, orang yang jaga game ni akan pusing dan bila dadu dalam tu jatuh kat tempat yang ada gambar berkenaan, dia akan amik duit sume orang kat situ. Camtu rasanya mainnya. Entah lah. Agaknye lah. Hee...Nampak board hijau kat atas ni? Ini pun salah satu game jugak. Diorang akan tolak air berisi beer tengok sapa paling jauh pastu apa yang terjadi DN tak tahu. Haha... Semua tak tahu DN ni kan. Ape entah..
Disebabkan permainan ini tiada yang boleh dipermainkan oleh orang biasa macam DN, so DN jalan-jalan tengok product2 yang dipamerkan di sini. Switches yang sangat popular dalam penggunaan mana-mana projek DN. Vivace, Classic, Zencelo dan Neo adalah product2 yang pernah DN gunakan tetapi untuk Ulti, DN tak pernah gunakan lagi dalam mana-mana projek DN. New product? Akan diketahui kemudian...Lepas bosan jalan2 dalam tu dan sebenarnya keadaan dalam itu agak panas apabila ramai sangat orang, Dn duduk lah tempat di mana product lauch akan diadakan. Kalau perasan belakang tu ada air pancut. Memang tempat ni sangat cantik sebab tempat air pancut tu terdapat taman dan tasik. Program pun bermula... Nampak tak perempuan yang berdiri atas stage tu? Beliau adalah Deana Yusof. Haa... Jadi host tu... Memang cantik lah dia ni. Bukan sahaja cantik, pandai jadi host lagi. Bagus betul..Semasa program berjalan, hujan turun sangat lebat menyebabkan tempat ini jadi tidak sesuai untuk launching kerana bunyi hujan, tempias hujan lagi dan sejuk!!! Huhu... Tapi sebab dah stuck kat sini kan so tunggu je lah sampai habis program. Bagus gak tunggu sebab dia bagi souvenir kat atas ni sebelum dinner time. Tada!!!! Switch baru SE yang dikenali sebagai PIENO dan yang benda panjang warna putih dengan button tengah warna silver tu DN tak pasti nak kata apa sebabnya kt situ ada pendrive 4GB + lampu picit + pen + gunting + pisau... Memang DN bawa kemana-mana lah sekarang benda alah ni.Untuk pengetahuan, kebanyakan yang hadir adalah Chinese dan Melayu kalau tidak silap tak sampai 20 orang pun. Meja yang DN duduk semua Chinese so tak hairan lah penuh minuman ini di atas dan ada gelas air kosong itu adalah DN punye. Hee... Tak lama program habis, DN pun balik ke kereta dengan keadaan jalan yang sangat lecak. Ish... Habis heel I. Hehe... Tapi ramai lagi yang masih tunggu kerana nak perabiskan minuman tersebut. Tak kisah la. I tak minum so better mengundur diri. Betul tak...

Kesimpulannya, ok sahaja program ini... peace!!!


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^