Back to the topic. Beliau bertanyakan tentang pengiraan litar pintas aka short circuit calculation. DN memang ada pengiraan tersebut dan suatu ketika dulu pernah mempelajarinya di dalam subjek Kejuruteraan Sistem Kuasa. Kalian ingat lagi? DN ni pun agak berkarat juga kalau tak ada buat pengiraan tersebut. Hehe... Tapi DN tolong juga lah beliau ini. DN bagi contoh pengiraan yang DN ada, tapi bukan the whole calculation, only a part as a guideline untuk membuat pengiraan tersebut.
Sebenarnya, sekarang sudah ada software... Sangat mudah. Hmm.. Rasanya software ni dah lama ada tapi dulu masa belajar mana lah terdedah dengan semua ini kan.. Cuma masukkan beberapa parameter seperti jarak, berapa kVA transformer, jenis transformer, percentage of short circuit voltage... Then boleh dapat dah jawapannya. Nak sizing transformer pun boleh. Yeah... Software ini memang sangat membantu even untuk dapatkan voltage drop pun boleh guna software ini. Tiada apa yang menjadi masalah untuk software ini tetapi masalah yang selalu dihadapi adalah pengiraannya tidak ditunjukkan.
Contohnya untuk pengiraan litar pintas ini. Bila semua parameter sudah dimasukkan, kA rating untuk busbar trunking operation current dapat diketahui. Masalahnya adalah software ini terus menunjukkan nilainya tetapi pengiraan sebenar tidak ditunjukkan. Bila search technical documentation dalam software itu, memang jumpa banyak gila formula... Owh.. DN tak mahu peningkan kepala DN yang memang selalu pening dengan pengiraan & ragam manusia2 ini. Apa yang boleh dilakukan adalah back to the basic...
Z(p.u.) = (Z(real) x P(base)) / (V(base)2 x 1000)
dimana Z (p.u.) = Z (real) / Z (base)
I (s.c) = P(base) / (X(p.u.) x V(base) x sqrt 3 x 1000)
Ok2... Kita kira manual je lah lagi senang. Hee... Kepada mereka yang ada software yang boleh tunjukkan pengiraan, tolong lah share dengan DN ye.. DN sangat-sangat hargai bantuan kalian..
tak pernah belajar semua ni sebab saya belajar elektronik.
ReplyDeletetapi memang satu ilmu yg bagus utk dikongsi...
boleh jadi pensyarah ni
salam Puan,
ReplyDeletepuan ade detail tak pengiraan utk ini?
trima kasih