tolong ingatkan aku



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

DISEBABKAN MALAM TADI AJL BELIAU MENANG, DN NAK TAHU GAK APA YANG SEDAP SANGAT DENGAN LAGU NI. DN XPERNAH PUN MENGHAYATI LAGU NI. KALIAN PUN SETAHU DN TERKEJUT GAK BELIAU MENANG KAN TAPI APA BOLEH BUAT... KEPUTUSAN JURI MUKTAMAD. TERIMA LAH LAGU INI SEBAGAI PEMENANGNYA. MALANGNYA BAGI DN... DN CUBA HAYATI TETAPI TAK TERKESAN DALAM DIRI DN. KENAPA YE? ADAKAH KERANA DN TIDAK FAHAM LIRIK DIA? ATAU LAGU INI TIDAK MAMPU MEMBUAT BULU ROMA DN MEREMANG? ATAU AURA SUARA BELIAU BIASA SAHAJA BAGI DN? ATAU... HMM... ENTAH LA. DN BUKAN ORANG SENI DAN SEBAGAI ORANG BIASA... TAHNIAH UNTUK BELIAU..

(p/s : orang lain lagi layak kot untuk menang. kata-kata dari orang yang buta seni. hihi...)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^