Realiti vs Fantasi

Seronok rasanya bila kita dapat create rumah sendiri mengikut keselesaan kita kan. Ya... DN pun turut merasainya. Memang best. Pergi kerja sekarang rasa tak sabar nak balik rumah. Nak masak, kemas rumah, basuh baju... Best2... Dah kurang perasaan nak duduk ofis lama2. So far rumah dah complete semua.
Set bilik tidur dah ada... Lebih kurang macam ni lah. Taknak DN letak gambar bilik DN yang cantik tu kat sini. Nak tengok jemput datang rumah ye. Hee...Set ruang tamu pun dah ada so kalau kalian datang tak perlu lah duduk di bawah. Rumah takde besar sangat makanya di sini juga lah tempat kami makan so faham2 lah, rumah kami tiada meja makan ye. Harap maklum. Dapur pun dah complete, takde alasan kata taknak masak kecuali MALAS. Alasan yang memang tiada ubatnya. Hee... Owh, mesin basuh tiada ye kalian. Memang DN taknak beli pun. Since DN sangat rajin membasuh baju tiap-tiap hari atau 2hari sekali so mesin basuh bukan 1 keperluan untuk DN. Bukan ada laki or anak nak basuh baju mereka lagi. Hehe...

Macam-macam lagi rasanya DN nak tambah kat rumah tu. Cermin dinding, jam dinding dan rak buku kat ruang tamu, cermin berdiri, gambar dinding dan lampu tidur kat bilik... Owh, perlu ke tak ye? Hmm... Tengok fulus camne nanti. Agak2 rase stress dan nak bazir duit bleh kot dipertimbangkan untuk beli mereka. Haha...
Tapi kan...
Mesti best kan dapat set bilik tidur macam ni. Sangat klasik dan tilam dia sangat tebal. Mesti tidur sangat lena kan. Dengan chandelier tergantung kat bilik.. Owh, mewahnya... Ruang tamu yang klasik dengan rona merah jambu. Lambang kemewahan sesebuah rumah. Owh, DN hanya mampu melihatnya kerana realitinya hanya di rumah Paris Hilton set ruang tamu ini berada. Set dapur berwarna merah memang menjadi tarikan DN. Suasana garang ini membuatkan DN teruja untuk masuk ke dapur. Cantik kan kalian...

Itu hanya untuk sedapkan mata memandang sahaja. Realitinya, ukur baju badan sendiri ye. Berangan je lebih DN ni. Hihi...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

  1. haha... org kata kn...
    kalau kita suka berangan maka kita ni normal tau... :p

    ReplyDelete
  2. berangan tak salah asalkan ianya bukan angan2 yg kosong. kalau ada usaha..sudah pasti angan2 tu akan jadi kenyataan. betul kan Cik DN?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^