Sekitar Cuti Chinese New Year

Lama sungguh cuti raya cina kan.. Takpe2, azam tahun ni cuti taknak masuk ofis. Boleh ke camtu? Sape suruh mengada masuk ofis time cuti. Bos tak suruh pun. Haha... So cuti raya cina ni DN ke Melaka menziarahi kezen DN. Balik dari kerja hari Rabu tu, rancangnya malam itu jugak nak ke sana tapi adik Iwan buat hal lah pulak. Tangan dia patah. Adehh... Spoil program betul lah kamu so pergi lah ke klinik kawan mak DN untuk cek tangan dia malam tu.. Ya.. ya.. tangan kamu sudah retak. Selepas balut dan bagi ubat, balik ke rumah bonda dan siap2 untuk ke Melaka. Memulakan perjalanan seawal 1.30pagi dan tiba di Bertam jam 3pagi.. Owh, tak jauh Melaka ni. Hehe...

2hari di Melaka, melayan karenah bochah cilik yang pintar dan comel ini. Namanya Adlan Hakimi berumur 3 tahun. DN terlalu muda untuk dipanggil makcik so beliau panggil DN Kak Noor. Ahaks... Ya... DN masih muda... (wekkk...)Tengok keletah bochah cilik ni yang nakal. Sangat penat nak menjaga dia ok... Tapi bila takde sunyi lah pulak. Lepas tu pandai pulak tu guna Iphone. Iphone DN ada password so bila DN sebut apa password DN, dia tekan lah. Owh... Sangat bijak... Tak perlu nak diajar macam mana guna Iphone ni. Mana DN letak camera pun bochah cilik ni tahu. Ini hasil beliau tangkap gambar.. Iwan dengan tangannya yang sudah berbalut... Peduli apa bochah cilik ni dengan tangan berbalut tu. Habis digustinya. Nasib lah kamu Iwan... Sape suruh baring dekat bawah.

Petang tu kembali lah kami ke Shah Alam. Sampai2 je, DN yang digelar karaoke tegar oleh orang tua itu terus berkaraoke bersama-sama Farid & Hanim. Oo... DN karaoke tegar ye. Awak tu? Golf tegar ape. Lagi tegar dari DN. Seminggu lebih 2x ke golf. DN xmacam awak tau. Bukan selalu ke karaoke. Yeke? Hmm... Ye kot. Haha...

Lepas karaoke kami makan di Thai Village Shah Alam bersama-sama dengan keluarga Hanim. Lauk sangat banyak. Farid yang order pastu salahkan kami yang memilih tempat. Huh... Makanan di sini memang sedap dan harganya juga sangat sedap. Thanks Farid belanja DN. Lain kali belanja lagi. Hee... Tunggu Anuar dan aweknya sampai malam tu then kami ke I-City. Owh, pokok-pokok dan haiwan-haiwan tiruan berlampu di sini memang sangat cantik tetapi nak masuk ke dalam ni cas parking yang dikenakan sebanyak RM10. Agak-agak kalian berbaloi tak? Hmm...Owh... Comelnya kamu! Tapi apakan daya... DN tidak seperti kamu berdua... Masih sendiri dan mencari pasangan yang memahami diri ini.. Nanti dah ada pasti DN akan datang tunjukkan pada kamu berdua. Hee.... Tapi betul ke ini pasangan kamu? Adakah kamu pasti dia akan terus menemani kamu? Terus memahami kamu dalam apa yang kamu lakukan? Sentiasa beri sokongan pada kamu? Tidak tinggalkan kamu sendirian di kala kamu memerlukan? Tolong jangan biarkan DN mengarut di sini ya. Haha...

Ok, cont... Hari Sabtu DN bangun awal pagi untuk hantar kereta servis. Semua wedding DN tak pergi kerana perancangan DN untuk menyelesaikan banyak perkara harini. Sori kawan-kawan. Tanpa kehadiran DN pun wedding kamu tetap berjalan kan.. Hee... Masa yang DN ada adalah cuti ini sahaja untuk menyelesaikan perkara-perkara yang dah lama DN nak selesaikan. Bila selesai sahaja semuanya, DN balik ke rumah Puchong...

Hujung minggu di rumah.. Hari untuk merehatkan diri dan mengumpul tenaga untuk bekerja dengan rajin. Rajin ke DN? Ya... DN sangat rajin. Haha... (Perasan) Sambil merehatkan diri di rumah, DN buat popia goreng untuk minum petang. Sedap sangat2. Hingga menjilat jari tau.Tada!!! Menarik kan. Makan cicah dengan mayonis memang terbaik. DN tak pandai sangat nak balut pakai kulit popia tu tapi ok gak lah kan. Janji sedap. Hehe... Takpe2. Practice make perfect. Next time DN buat lagi ye. Kalian nak rasa jemput lah datang rumah...



Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^