Stresskan Signboard Itu

Finally... selepas lebih 2tahun perancangan untuk pembinaan UiTM Pasir Gudang ni, semalam iaitu pada 16 Februari 2011, kick off meeting dengan pihak UiTM telah diadakan jam 10pagi di tapak bina. Segalanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dipersetujui, mesyuarat tapak akan diadakan 2 minggu sekali so makanya DN perlu turun ke JB sebulan 2 kali...

Nak mengeluh ke suka ye? Hmm... Dua-dua kot. Mengeluh sebab kesian kat kereta yang dah macam teksi. 2 bulan sekali nak kena hantar servis... Suka pulak sebab DN memang suka kerja DN so DN akan pastikan dan cuba menjayakan projek ini dengan sebaiknya. SAYA SUKA KERJA SAYA!!! Hee... Semoga DN akan tetap terus rajin untuk bekerja...
Kalian sedia maklum kan DN meeting projek ni masa cuti Maulidur Rasul hari tu tapi masa meeting mereka masih tidak pasang signboard projek lagi. Semalam bila nak ke site ofis, nampak lah mereka dah pasang signboard projek. Dari jauh dah boleh nampak. Signboard memang besar dan kami amat berpuas hati dengan saiz serta lokasinya.

Ramai berhenti dekat signboard projek tu so DN pun berhenti lah. Pada mulanya DN sangat hati girang melihat signboard tu tapi bila tengok M&E Infra... Waaaa!!!! Kenapa nama dan logo company salah!!! Stressssss!!! Kalau ikutkan DN antara orang terawal yang bagi logo company kat mereka tapi salah pulak. Bukan setakat by email DN bagi, namecard pun ada bagi gak tapi still salah lagi. Eeee..... DN marah ok... DN tak kira. Korang kena betulkan jugak sebelum next meeting so please... Address our company correctly later on k....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. lepas ni bolehlah kasi namecard blogger pula kan..kan

    ReplyDelete
  2. @Ladfe Amir hihihi... dh dpt kan... simpan tau..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^