Ujian...

Pernah tak kalian terfikir... Kenapa ujian ini yang kita terima? Nauzubillah... Astaghfirullahalazim... DN pernah juga mengeluh tetapi bila teringat balik memang beristighfar semula lepas itu. Manusia tidak sempurna. DN juga manusia biasa dan tidak sempurna. Kadang lalai dan alpa tetapi insyaallah DN akan muhasabah diri DN semula. Moga DN tetap berada di bawah lindungan-Nya.

Kita diberi ujian bermakna kita masih disayangi-Nya. Kita masih dibawah perhatian-Nya. Allah nak uji kita sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. Dunia ini tidak lain hanyalah tempat untuk kita mengabdikan diri kepada-Nya. Duniawi memang sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka yang alpa. Moga DN terhidar dari mereka yang lalai.

Syukur DN masih diuji. Makin diri ini diuji, makin DN terasa indahnya dunia ini kerana masih dibawah lindungan-Nya. Kerana masih diberi perhatian oleh-Nya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan DN bersyukur kerana ujian ini lebih menyedarkan dan mendewasakan DN. DN masih mampu tersenyum walau ujian itu kadangkala membuat DN menangis kerana DN yakin Allah sentiasa bersama DN. Tempat DN mengadu dan memohon perlindungan. Terasa sungguh indah dunia ciptaan-Nya...

Keyakinan ini membuatkan DN terima setiap dugaan dengan tenang. Insyaallah... Semoga DN terus tabah dan sentiasa di bawah lindungan-Nya... Kalian bagaimana? Semoga kalian begitu juga. DN yakin kalian turut diuji dan barangkali ujian yang kalian terima lebih berat dari DN tetapi percayalah... Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Jangan sekali-kali berpaling dari-Nya dan yakinlah bahawa nikmat Allah sangat luas. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan kemanisan di penghujungnya. Jika bukan kepada kita, mungkin kepada ibu bapa atau anak-anak kita... Insyaallah...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^