Defect @Pulapes

Projek di Keratong ini akhirnya siap juga walau banyak masalah dan halangan sepanjang menyiapkan projek ini. Syabas2!!! Bangunan di sini terdiri daripada :-
1. Blok Pentadbiran - 2 tingkat
2. Blok Akademik - 2 tingkat
3. Dewan Serbaguna - 2 tingkat
4. Blok Penginapan - 4 tingkat
5. Dewan Makan - 1 tingkat
6. Cafe & Pro Shop - 1 tingkat
7. Farm Mechanisation A - 2 tingkat
8. Farm Mechanisation B - 1 tingkat
9. Blok Mesin & Peralatan - 1 tingkat
10. Kuarters G - 4 tingkat
11. Kuarters C - 6 unit rumah 2tingkat
12. Surau - 1 tingkat

Banyak kan bangunan bila nak kena jalan cek defect. Sangat penat ok.... Kerana projek ini lah DN perlu berhujung minggu di sini. Huhu.... Meh DN tunjuk sikit-sikit kerja DN. Kalau kalian nak tahu, kerja DN ni memang cek kesalahan orang je. Itu tak kena... Ini tak kena. Ishh... Cerewet betul minah ni kan. Mesti ramai yang menyampah tengok muka DN. Hihi.... Peduli apa DN. Weekkkk....
Ni dekat bilik Compressed Air... Boleh pulak letak support camni. Kalau kalian jadi DN boleh accept tak? Confirm reject kan... Siapa lah ajar letak support paip camni. Ishh2...
Kitchen equipment di Blok Dewan Makan... Pili air PVC??? Bukan patut stainless steel ke?? Hmm... Cannot2... Kena tukar ok...
Lampu tak menyala ni biasa je. Tukar bulb ok lah lepas tu. Confirm mereka banyak stok bulb untuk ditukarkan sepanjang defect ni. Lokasi adalah di Blok Penginapan Bilik 204.
Yang ini agak musykil sebabnya masa DN round untuk testing & commissioning (T&C) dulu, ada case dia. Bila jalan defect takde pulak. Hmmm.... Susah nak trace angkara pihak ketiga yang membuat kerja-kerja arahan klien walaupun defect period belum habis or kontraktor utama. Kalau pihak lain nak kena ada proof pulak. Apa pendapat kalian? Lokasi adalah di Blok Akademik.
Rak peralatan untuk patch panel & switch di Blok Pentadbiran. Kabel terjojol keluar menyebabkan pintu tidak boleh ditutup. Haishh... Benda ini pun nak kena beritahu ke. Kalau ada pintu tapi tak boleh nak ditutup, baik dari awal lagi tak letak pintu. Huh...

Banyak lagi sebenarnya tapi semuanya ada dalam list defect no.1. Nak letak semua kat sini confirm kalian bosan baca kan. Harap mereka akan membuat pembaikan sebelum list defect no.2 keluar. Ini lah sebahagian dari kerja DN .Amacam?? Berminat nak kerja macam DN? Hihi... Welcome2...



Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. eeeee cerewet nye pengawas skolah ni..zaman skolah confrim dah kene pukol sebab jadi mat pot.semua nak repot kat cikgu.kah kah

    ReplyDelete
  2. Haha... Awas dgn pengawas. Balaci ni...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^