Makan Apabila Stress

Apa yang kalian rasa bila sudah ambil cuti tapi tak dapat pergi ke tempat yang dirancang? Stressnyeeee!!!!! Muahahaha.... DN boleh gelak je. Padan muka DN. Lain kali nak ke mana2, pergi sendiri je. Tak payah nak harap orang lain ok... Orang ni macam2 perangainya.

PENGAJARAN : JANGAN PERCAYAKAN ORANG LAIN SELAIN DIRI SENDIRI

Kerana tidak ke mana-mana, tidur sampai pukul 9 kemudian memulakan aktiviti menghilangkan stress iaitu MAKAN!!! Yeahooo!!! Best2...
Thanks to Peili kerana bawa DN lunch. Misi kali ini adalah ke Rahimah's Kitchen di Puchong untuk pekena Nasi Kukus Ayam Rempah. Sedappp!!! Kalau kalian ke Puchong datanglah ke kedai ni untuk pekena Nasi Kukus ini tau. Serius sedap banget. Hee...
Bila Dn stress, confirm aiskrim vanilla akan dicari. Menuju ke 19 USJ City Mall untuk mencari aiskrim. Dari luar tempat ini sangat gah dan menarik tapi bila masuk dalam... Hmm... Tiada apa yang menarik pun. Kedai aiskrim pun tiada. Baru ingat nak pekena Baskin Robbins Ice cream. Huh... Kecewa lagi. Mujur ada Pappa Rich dalam ni so DN pekena Banana Split disini. Hmm... Better than nothing.
Balik rumah sambung tidur lah. Best kan lepas makan tidur. Sangat bagus untuk menambah lemak dalam badan. Haha... Bangun tidur macam biasa, hobi baru DN sejak duduk sendiri ni adalah MASAK... DN suka masak ok!!! Ape ingat DN tak pandai masak ke? Kalian silap. DN memang suka masak cumanya takde peluang je nak tunjuk bakat. Hihi...
Malam lepas pukul 10 sambung lepak di Nailis Place Ampang pekena Cucur Ikan Bilis dan Hot Espresso. Layannnn.... Jumpa Musch dan adiknya. Akhirnya dah habis 1 hari. Berjaya makan & makan & makan untuk menghilangkan stress. Aktiviti ini memang buat DN hepi tapi yang tak hepi adalah berat DN dah bertambah. Damn!!! Makan dah banyak kan... Stress dah hilang kan... So apa lagi? Misi untuk menurunkan berat badan. Say no more to rice ok!!!



Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. x gi knduri raihana ke DN..x jumpe pon semlm??

    ReplyDelete
  2. post yang berbaur dengan rasa tak puah hati...bengang!!!

    ReplyDelete
  3. Tak.. Dn dh dtg a week b4 & dn ke belah lelaki nant. Insyaallah..

    Bengang.. Dn sgt bengang. Huhu..

    ReplyDelete
  4. alololo..ciannye..nnt kta g cuti ek

    ReplyDelete
  5. org dh beli tiket dh... g cuti sorg2. hee...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^