Mari berBBQ

Lelaki ini sedang menggunting rambutnya sedangkan DN menanti sambil main game dalam I-phone... Full stop. Tiada cerita lanjut mengenainya... Apa yang DN nak cerita lepas bertemu lelaki ini adalah DN balik ke kampung untuk berbbq...

DN sekarang dah duduk sendiri... Kalian pun tahu kan. Jarang balik ke rumah so bila balik DN akan spend time dengan family DN. Best pulak bila macam ni. Kami jadi lebih rapat dan lebih banyak bercakap.
DN sangat suka makan kaki ayam. Sedap... Kalian suka tak? Kalau ada kaki ayam, confirm DN habiskan so kalian jangan nak mimpi berebutkan kaki ayam dengan DN ok. Hihi...
Ini adik DN, Ikhwan yang keding tapi kuat makan gak. Tembolok betul budak ini kan. Ish2...
Ini juga adik DN, Hidayah. Sebijik macam muka DN kan... Dah besar tapi masih suka main dan buat sepah. Bilik DN sepah je tau lah DN siapa nak dicari. Hehe... Mereka berdua yang masih berada di rumah parent DN so takde lah sunyi sangat rumah tu.
Ini... Errr... Adik2 DN yang makan. Hihi... Tinggal tulang sudah...
Orang2 kuat yang sedang berbbq... DN makan aje. Hehe...
Ini adik DN, Anuar bersama kawan2nya mengambil tempat sambung berbbq... Nasib lah korang. Sape suruh datang lambat.
Hasil dari bbq ini, tulang ikan tersangkut kat tekak DN. Urghhh... Sakit ok... Tulah... Sape suruh makan dan makan dan makan tapi bakar ikan sendiri taknak. Padan muka DN. Hukhuk... Sampai je rumah, pergi ke cermin dan tengok boleh nampak tulang ikan ni so apa lagi... DN masukkan tangan dan tarik tulang ikan ni keluar dari tekak DN. Panjang kan... DN pun terkejut tengok. Sehari jugak lah sakit tekak ni tapi hari kedua dah ok dah...

Fuh.. Lega sungguh. Kesimpulannya, jangan makan ikan. Haha.... Itu pasal lah DN tak suka masak ikan sebab tulang dia sangat susah nak di handle. (Alasan. Hihi...)

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. berebut makan dan gelojoh sangat tu yg sampai tercekik tulang tu.

    jangan lupa minum air banyak2

    ReplyDelete
  2. @Ladfe Amir hehehe... sejak dari itu DN lebih berhati2 makan ikan.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^