Sanctum

Bila malas nak masuk ofis... Mula lah mengularkan diri ke tempat-tempat yang DN rasa nak pegi. (Ish2... Jahat sungguh DN. :p) Kali ni DN rasa nak tengok wayang so lokasi yang paling dekat selepas meeting adalah GSC Alamanda Putrajaya. Hmm.... Lama tak tengok wayang. Best gak sekali sekala ke sini. Lagi-lagi time ofis hour, tak ramai orang disini. (Caution : Jangan contohi perkara tak baik ini)
DN memilih untuk melihat cerita ini. Layan Sanctum 3D... Kisah pengembaraan di dalam gua. Kerana cuaca yang kurang elok, mereka sesat jauh ke dalam dan perlu menempuh jalan-jalan sukar. Menyelam... Memanjat... Segalanya memerlukan pengalaman dan mengikut gerak hati... Mula-mula pening gak kepala bila pakai spec 3D tu. Maklum lah... Orang tak pakai spec kan. Pakai pun biasanya bila drive dalam cuaca yang sangat panas. Tapi itu spec hitam biasa, bukan spec 3D. Bila dah lama sikit, baru selesa dan teruja...
Teruja sebab mamat ni berlakon dalam cerita ini. Hensem kan!!!! Walaupun bukan sebagai watak utama tetapi sebab adanya Ioan Gruffudd inilah DN tengok cerita ini. Hee... Tapi dalam cerita ni dia jahat dan mati lemas... Tak suka2!!! Huh.... Dia mengingatkan DN tentang seseorang... Hmmm... Rindu ke??? Kehkeh... (dalam hati : adalah jugak...)

Inilah sebahagian dari mereka yang terlibat menjayakan cerita Sanctum ini. Semua orang mati kecuali Josh (Rhys Wakefield). Yang tengah tu Alice Parkinson sebagai Victoria, girlfriend Carl (Ioan Gruffudd) pun mati jugak... Nak tahu lebih lanjut cerita ni, boleh lah tengok trailer kat bawah tu ye...




Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^