Sehari 4x

Semalam seharian DN tak makan kerana kesibukan yang melanda dan masuk ofis lambat. Pukul 11 baru sampai ofis. Hee... Suka hati je kan. So harini pagi-pagi lagi perut dah sangat lapar. Macam biasa, sampai je ofis pagi tadi terus ke Al-rafi Bistro untuk sarapan. Memang perut sangat lapar tapi DN order roti bakar dengan Milo panas kurang manis je. Orang kata bila perut dah terlalu lapar, jangan terus makan makanan berat. Nanti perut terkejut lagi lah macam-macam ragamnya. Itu pasal lah DN ambil roti bakar je... Niat hati nak makan nasi lemak. Takpe2... Next time boleh lagi...

Selang beberapa minit kemudian, Kak Suzie datang dan order Roti Arab dan Teh tarik kurang manis. Order je tapi yang perabiskan Roti Arab tu DN dan Teh tarik pulak kena bungkus minum dalam ofis. Hukhuk... Sian Kak Suzie. Takpe2. Gaji punya pasal kan...

Lepas tu boleh pulak Bos Muda order Tosei suruh DN perabiskan. Huh.. Ingat DN tong ke apa. Kata DN kurus sangat so kena makan banyak bagi gemuk sikit. Kurus ke DN??? Hmm... Sanggup tunggu DN perabis Tosei baru gerak gi main golf. Bos punya pasal... Perabiskan lah jugak. Eeee.... Tak pasal2 kena buli makan harini. Memang sangat2 lah kenyang. Macam panda dah rasanya. Huh...
Masuk ofis buat lah kerja yang sangat banyak tu. Kerana over kenyang so lunch DN tak keluar makan. Pastu Topek call nak pulangkan buku yang dipinjamnya ni. Sebab lama tak jumpa Topek so lepak jap kat Al-rafi Bistro pekena Milo ais kurang manis sambil borak-borak mengarut + ilmiah. Hihi....

Lepas jumpa Topek, sambung buat kerja semula. Lebih kurang pukul 4, kontraktor pula datang nak discuss pasal projek kami di UiTM Pasir Gudang. So kami ke Al-rafi Bistro sembang kencang sambil DN minum Barli ais kurang manis. Kali ketiga ke sini untuk hari ini. Harap maklum.

Habis discuss masuk ofis sambung buat kerja semula. Lebih kurang pukul 6, Abang Man pulak ajak minum so kami ke Al-rafi Bistro pekena teh tarik kurang manis. DN belum duduk lagi mamak Al-Rafi ni dah kata ini kali ke-4 untuk harini... Haha.... Mereka pun dah tak boleh sangkal lagi kehadiran DN disini. Memang mengkayakan mereka betul DN ni kan.

4x dalam sehari??? Serius rindu betul DN dengan kedai ni kan. Maklum lah... Asyik outstation je. Haha... No lah. DN banyak kerja sebab esok nak guna so malas nak pergi jauh-jauh. Al-rafi Bistro je lah tempat lepak minum yang senang untuk DN masuk ofis semula. Tak sampai 1 minit DN dah sampai ofis balik. Kalian jangan risau, esok DN tak masuk ofis so takkan jumpa muka ni lagi dekat Al-rafi Bistro esok. Jumaat??? Hmm... Maybe. Hehe...

Lepas minum, masuk ofis semula sambung kerja. Kerja & kerja & kerja sampai lebih kurang pukul 8, DN pun ke rumah Zarina untuk hantar Zar ke Stesen bas Seksyen 17. Owh... Perut DN sangat kenyang dengan air tapi dah janji nak dinner sama so kami dinner dekat-dekat dengan Stesen bas. Langkah berjaga-jaga supaya tidak ditinggalkan bas. Hihi... DN makan Bihun Tomyam & Air suam... Konon nak diet lah tu taknak makan nasi malam-malam. Serius makan harini je dah berjaya tambah lemak dalam perut DN sampai sendat seluar. Padahal semalam tak makan longgar je seluar tu. Huh...
Serius perut sangat kenyang tau. Huhu... Jam 9.30malam, Zar pun naik bas ni nak balik ke Kemaman. Babai Zarina... Jumpa lain kali pulak ye...

Lepas dah salam kiss2 goodbye, DN terus balik ke rumah. Dalam perjalanan balik ada pulak sorang mamat ni ajak keluar makan. Apa??? Makan lagi??? Oh tidak!!! Confirm DN tolak. Sowi ye.... Ajak salah time lah. Xtvt makan & minum yang melampau ni memang buat perut DN sangat sendat tapi tak berjaya buat mata DN mengantuk. Damn.... DN nak tido!!! DN nak tido!!! Huh... Harap malam ni boleh tido. Bestnye bila dapat tido kan. Dn pun nak cuba tido lah. Hehe... Gudnite kalian...

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

3 Blue Komen:

  1. 2 bulan baru pulang balik buku...peram bawah bantal baru ilmu dia meresap

    ReplyDelete
  2. pasni peram yang dh fotos plak ye. Hee....

    ReplyDelete
  3. sebab tulah DN selalu makan makanan lain lak ye..hari2 asyik sarapan kat kedai mamak je.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^