Selamat Pengantin Baru

Mereka sudah berkahwin... DN sangat gembira melihat kalian berdua. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Tiba-tiba harini DN jadi pengapit Han. Dah lama Han merisik DN untuk jadi pengapit dia (hihi... kena risik tu...). Akhirnya dapat juga. Tema perkahwinan mereka adalah biru putih. Cantik kan...

Syahdu juga hati ini bila melihat kawan baik DN ini telah dimiliki oleh Firan. Teringat kisah dulu-dulu. Masa zaman kita nakal-nakal. Sekejap rasanya masa berlalu. Kahwin dah kawan-kawan DN. ARMDiva... Tetap DN ingat sampai bila-bila. Ainus, Raihana,Mushirah, Deq Noor... Hmm.... Tinggal DN sahaja yang belum kahwin. Jodoh DN masih belum sampai. Kalian doakan semoga DN bertemu dengan lelaki yang baik ya...Gambar ini diambil di Concorde Hotel Shah Alam semasa menunggu kereta sampai bagi menjemput mereka ke rumah pengantin lelaki. Kedua-duanya berbaju putih macam bidadari turun dari kayangan bila DN sampai dan tengok mereka turun tangga hotel tadi. Betul-betul raja sehari. Mereka sangat cantik.

Raihana & Shafiran... Selamat pengantin baru. Tahniah atas perkahwinan kalian. Buat Han, jadilah isteri yang baik dan taatkan suami... Buat Firan, jagalah Han sebaiknya kerana Han seorang yang baik. Jangan persiakan dan peliharalah hatinya. Semoga kalian tetap sabar dan tabah dalam menempuh alam berumahtangga ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^