Kemaruk Duniawi

Sumber dari http://www.zaharuddin.net

Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.

Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehidupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.
Allah swt berfirman :

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2)

Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah, tidak pula diiktiraf oleh hukum Islam.

Nabi s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita benci, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian.

***********************************************************************
Duniawi... Macam-macam kan. Semalam DN lepak minum dengan team projek DN yang dah siap di KL. Menceritakan bagaimana orang tertentu tidak memberikan haknya lalu beliau merancang untuk ke muka pengadilan. Hmmm... Bila DN fikir semula, DN pun pernah mengalaminya cuma jumlahnya tidak lah sebesar mereka. Mereka s
engaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula (hmm... mungkin begini), dan sentiasa beralasan atau senyap terus untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.

Bersabarlah... Moga kita dijauhkan dari golongan orang yang menganiaya orang lain.

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. jika hamba ada hutang.sila tuntut.jgan buat senyap.hamba ini adalah sejenis makhluk yang pelupa.hahahha

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^