Chao Shang Hao Shanghai!

Tunggu dan tunggu dan tunggu akhirnya kami menaiki juga Chinese Southern Airlines jam 2.30 pagi dan tiba di kota Shanghai, atau lebih tepat Pudong International Airport lebih kurang jam 8.00 pagi. Lega bila dah sampai sebab flight sangat sempit. Nak menggeliat pun tak boleh tau. Dalam flight DN sorang je yang bertudung. Bila sampai airport, lagi lah tak nampak orang yang bertudung. Siap kena tahan kastam lagi nak cek beg. Apa ingat DN jahat sangat ke. Tak kisah lah. Maybe mereka pelik tengok orang bertudung macam DN. Think positive... Hee...
Seseorang dah tunggu kami dan telah membawa kami ke Holidays Inn Express menaiki van yang muat-muat 10 orang dan takde aircond. Tahu lah cuaca di luar sejuk tapi bila dalam van confirm panas. Kami reject van ni. Huhu... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam dan lepas dah check in, siap2 mandi terus keluar untuk makan tengah hari. Setiap orang dapat 1 bilik so takde nak berebut toilet dan boleh tidur golek2. Hihi... Kalau kalian nak tahu, kami tidur di dalam flight sahaja. Dalam flight.. Bukannya boleh tidur sangat so kami sambung tidur dalam bas. Kesian kan. Huhu...
Kedai pertama kami pergi untuk makan disini. Nak sampai tempat makan ni je lebih kurang 1 jam. Kedai apa entah namanya sebab tulisan China. DN tak faham. Yang DN faham ada tulisan jawi tulis halal. Ok lah tu. Lagi satu, pergi mana-mana kena bawak air botol sebab kat sini dalam toilet takde pili air tau. Tisu je yang ada. So nak cuci pakai air ini lah. Darurat... Darurat... Huhu... Toilet disini sangat kotor ok. Eeeuuu!!! Tapi apa boleh buat.. Siapa kita nak komen lebih2. Tempat orang...
Ni serba sedikit kehidupan orang-orang di Shanghai. Orang-orang yang naik motor disini tak perlu pakai helmet kecuali mereka yang naik motor ber'cc' tinggi. Kebanyakan orang-orang di sini menaiki basikal elektrik selain kereta. Mereka ni memang ada traffic light tapi jarang ikut. Itu pasal DN takut sangat nak melintas sebab mereka tak respect pedestrian. Kat sini jalan sikit jam... Jalan sikit jam... Memang penuh je jalan ni even dah malam pun. Pelik gak DN tengok. Dah lah jam, nak ke kanan kiri tak reti bagi signal dan suka betul tekan hon. Memang bila tidur dalam bas asyik terkejut je. Istighfar memang banyak kali lah.
DN dan Peili ditinggalkan di sini manakala yang lain pergi mana entah. Mujur berdua. Kalau sendiri tak tahu lah camne. Dah lah DN tak pandai cakap Mandarin. Harapkan Peili je lah. Sebelum jalan-jalan, minum Javachip di Starbucks dulu. Rasanya tak sama macam di Malaysia. Sorry to say, Javachip in Malaysia much better. Huhu...
Berjalan-jalan di kota Shanghai. Sejuk wooo... Angin lagi. Memang menggigil DN dibuatnya. Huhu...
Tak perlu risau berjalan-jalan di sini sebab polis ada di mana-mana. Polis akan ditemani anjing yang sangat gagah dan hensem. Rasa nak peluk je anjing tu tau. Upppsss.. Hehe... Memang kita akan berasa selamat berjalan di sini.
Di sini penuh dengan bangunan tinggi-tinggi dan orang-orang disini berpakaian kemas. DN suka tengok cara mereka berpakaian. Sangat menarik dan nampak executive. Tapi cara mereka berpakaian tak boleh guna di Malaysia. Panas wooo...
Jalan dan jalan dan jalan lagi sampai penat dan lenguh kaki, berhenti minum hot chocolate di Coffee Bean sementara tunggu mereka ambil kami. Lama gila mereka pergi. Lebih 4jam tu... Mujur hot choc di sini sangat sedap. Sampai sekarang DN teringat-ingat tau. Kenapa kat Malaysia rasa hot choc dia tak sama macam di sini ye? Ade gak orang pergi Shanghai lagi sebab nak minum hot choc ni. Huhu...
Malam pulak kami menaiki bot (Huangpu Jiang River Boat) untuk melihat pemandangan Shanghai di waktu malam. Cantik dan menarik dengan lampu memenuhi kota Shanghai. DN suka!!! Hee...
Kami tidak dimaklumkan akan terus menaiki bot hari ini maka mereka tidak standby baju tebal. Cuaca malam sangat sejuk. Siang pun dah sejuk (lebih kurang 26 degC), malam lagi lah sejuk (lebih kurang 16 degC). Masing-masing simpan tangan dalam poket. Mujur DN yang tak tahan sejuk ni dah memang pakai baju 3 lapis tapi itu pun masih terasa sejuk gak tau...
Keesokannya kami pergi ke tujuan utama kami ke Shanghai ini iaitu factory acceptance test transformer di General Electric, Guangdian, Shanghai. Nampak benda alah besar yang sama tinggi dengan DN tu? Itulah cast resin transformer. Benda alah ini yang kami beli. Nak tahu lebih lanjut pasal benda tu, sila google ye. Nanti DN start cerita lagi panjang pulak nak kena tulis. Malas DN. Hukhuk...
Masuk sini diberi spec gabak ni. Katanya if anything happen boleh protect mata. So boleh lari keluar. Betul ke? Iyekan je lah. Bukannya tahu peraturan kat sini camne so DN jangan macam-macam ok...
Maklumat berkaitan transformer ini semua disini dan memang ikut spesifikasi dan rekabentuk kami. Yang penting manufacturer date itu adalah bulan kami datang so memang mereka fabricate ikut order.

Done!!! Dah siap pun kerja makanya kami tangkap gambar beramai-ramai. Tunjuk lah kami buat kerja kan... Memang kami pergi ke kilang transformer ini. Bukan jalan-jalan tau. Hehe...
Lepas factory test kami pergi makan di sini. Macam biasa signboard tulis apa DN tak faham. Yang DN faham tulisan jawi Bismillahirrahmanirrahim.... Tahu lah DN kita sekarang di kedai makan muslim. So far disini makanan memang sedap2. Sate kambing terbaik!! Takde bau kambing tau. Memang DN boleh makan sebab kalau ikut DN tak makan kambing. Bau dia tak boleh tahan. Main dish roti arab pun rangup. I like!!!!
Keesokannya kami hendak berangkat ke Hangzhou. DN akan update di Hangzhou kemudian ye. Babai Holiday Inn Express. Tempat ini best ada wifi tapi malangnya Facebook and Youtube tak boleh guna sebab memang China block. Tak kisah lah asalkan boleh YM & Whatsapp... Babai... Tunggu update DN nanti ye...


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. ni pasal FAT transformer tu ke?

    nasib baiklah ada kawan perempuan kan. kalau tak, buta jalan juga nak mengembara di negara yg tidak pandai berbahasa inggeris.

    DN ok kan di Korea?

    ReplyDelete
  2. @Ladfe Amir yup.. DN datang ke sini utk FAT transformer... :)
    mujur ada teman berbangsa china.. takde risau sgt... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^