DN interview orang??

Dah lama rasanya DN tak buat kerja macam ni. Rabu ke JB untuk meeting UiTM Pasir Gudang. Keluar rumah 6pagi dan sampai rumah 11.30malam. Keluar gelap balik gelap jugak so faham-faham je lah berapa lama meeting ye kalau dah perjalanan pergi dan balik 8 jam. DN malas nak kira. Kalian nak tahu sila kira sendiri. Hee...

Jumaat turun ke JB lagi kerana ada inspection trenches bangunan SSU UiTM Pasir Gudang dengan pihak TNB Pasir Gudang. Kali ini DN keluar rumah jam 7pagi dan sampai rumah jam 10.30malam. Yang kali ini DN nak cerita sebab agak menarik cerita kali ini. Kalau kalian rasa tak menarik, buat-buat lah best ye... Hee...

Inspection kejap je. Tak sampai 1 jam. Tapi DN sangat berterima kasih dengan pihak TNB sebab lepas habis inspection DN sampai TNB lebih kurang jam 1 tengah hari. Dah lah ari Jumaat mereka masih sudi melayan karenah DN yang banyak soalan dan banyak informasi yang DN perlukan. Akhirnya dapatlah DN soft copy drawing dari pihak TNB... Lepas habis discuss kami pergi makan sama-sama...

Lepas makan dan hantar pihak TNB ke ofisnya, DN ke Old Town Tesco Sri Alam sebab nak kena interview orang. DN interview orang? Layak ke DN? Haa... Itulah masalahnya bila boss bagi kepercayaan dekat DN untuk interview orang. Nak interview di ofis jauh sangat. Memandangkan DN ke JB maka DN diberi tanggungjawab itu. Terkejut gak mulanya tapi DN cuba untuk lakukan dengan baik. Macam-macam soalan DN tanya. Best gak interview orang ni rupanya. Haha...

Part yang paling susah bagi DN adalah untuk nego salary. Berdebar jugak DN. Iyelah DN yang akan decide gaji orang. Dibuatnya orang tu tak setuju or DN ter'offer' lebih or ter'offer' rendah sangat or dia demand lebih-lebih or bos xsetuju dengan decision DN or DN tersalah cakap or DN terbagi harapan palsu or... macam-macam DN fikir time tu. Huhu...

Finally, everything goes smoothly. Dia setuju dengan offer yang DN cadangkan dan bila dah selesai DN beritahu ofis. Alhamdulillah boss tiada halangan dengan decision yang telah DN buat. So sape lagi nak kena interview dengan DN? Sila hantar resume ye. Haha... Lepas ni boss yang interview sendiri. DN taknak dah. Seriau gak buat decision on behalf company yang melibatkan duit ni. Memang lain rasanya compare buat decision bila buat kerja di site.

Owh, lupe beritahu. DN interview Clerk of Work (CoW) untuk projek UiTM Pasir Gudang. Sekarang DN tengah mencari Resident Engineer (RE) pulak. Harap dapat dengan segera. Senang sikit kerja DN.

Update sikit. Semalam lepas balik dari JB, DN tengok midnight cerita Fast & Furious 5. Terbaik!!! Memang tak rugi tengok. Penat dan ngantuk pun hilang. Jom tengok lagi. Hee...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^