Ni Hau Ma Hangzhou?

Seperti dijanjikan... Hangzhou!!! Ni hau ma? Hau.... Faham ke? Tak faham sila buka kamus Mandarin ye. Cari sendiri. Hehe... Selepas perjalanan hampir 3jam dengan menaiki bas akhirnya DN sampai ke Hangzhou.
Kami telah dibawa ke sini. Sori, DN tak tahu apa nama tempat ni. Di sini cuaca macam Malaysia. Panas tapi tak kisah lah. Dah biasa main panas kan. Hehe... Seronok boleh tengok suasana dan budaya orang-orang di sini. Memang berbeza dengan Shanghai. Kat sini mereka tengok DN pun pelik je. Maybe sebab bertudung. Rasa famous kejap. Lain kali DN tanya, nak sign ke? Haha... Cakap Mandarin pun tak reti, ada hati nak tanya orang.
Kemudian kami dibawa bersiar-siar di sini. Ia dikenali sebagai West Lake. Besar tu tasik ni... Dah macam laut DN tengok tapi memang tasik.
Sebelum kami check-in di Hotel Oversea Holiday Inn Express,Hangzhou, destinasi terakhir kami adalah di QingHe Old Street. Sementara hendak menunggu Dynasti Dance Show, kami berjalan-jalan di sini. Kat sini lagilah DN kagum bila tengok budaya dan cara pemakaian mereka. Memang klasik. Memang ramai orang di sini. Penuh dengan orang-orang China dari tempat-tempat lain. China kan besar... Tempat ini memang jadi tumpuan pengunjung.

Nanti DN update pasal Dynasti Dance Show tu ye. Nak sambung buat kerja. Daaaa....





Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^