Ooo... Fruitland...

Ingat tak DN ada beli voucher dari MilkADeal yang Rainbow & Fruity Lolo tu? Haaa... Ni yang DN nak cerita ni. Sedap bangettt!!! Hee.... Licin DN makan tau.

Tengok address dekat SS15, budget teror lah jalan2 kat SS15 tu. Last2 guna gak Maps dalam Iphone. Bukan ape... Takut sesat je... Kehkeh...

Rupanya SS15/4D tu jalan sederet dari McDonald sampai lah ke Guardian. Tempat-tempat yang biasa DN pegi bila di SS15... McDonald, CIMB, Guardian... Ceh... Kedai tu deret ni je. Baru tahu. Haha... Tu lah... Lain kali ambil tahu jalan apa ye..
Dan satu lagi, DN baru tahu nama kedai ni Fruitland. Heee.... Maaf ye tuan kedai. Tak tengok voucher betul2. Nampak gambar kat atas tu? Namanya Dragonfruit tau... Masuk-masuk kedai je dah nampak gabak benda alah ni...
Tanpa membuang masa DN bagi voucher yang DN dah print kat opis tadi. Makanya dapatlah DN rainbow lolo ini... Ice cream Yam dipenuhi dengan buah-buahan tembikai, honeydew, strawberi, kiwi & mango.
Disebabkan voucher itu untuk 2 lolo ais makanya DN telah memilih Honeydew lolo. Sedapppp!!! Tak menyesal DN pilih perisa ini tau.


Bukan itu sahaja. Disebabkan DN tak makan 1hari, DN terus dinner di sini. Luckily ada set dinner yang agak menarik kerana terdiri dari main dish, appetizer & drinks so DN pilih dinner set saje. Senang... Tak payah nak selak menu lama2.

Owh... Kalau perasan ada 2 set disitu. DN bukan bersendirian ye... DN ditemani girlfriend bernama Zura. Harap maklum. Mujur dia tak kerja harini so boleh teman DN disini. Voucher tu untuk ais lolo je tau so yang lain-lain kena bayar. Tapi DN tak bayar sebab Zura belanja. Hee... Thanks Zura...
Saja Dn nak tunjuk suasana dalam kedai ni. Ala-ala pinky gitu kan... dan siap pasang LCD TV lagi. Nice place... DN suka tempat ni...
So apa lagi? Kalian yang ingin mencuba tu jangan segan silu datang ke Fruitland ini ye (DN dibayar untuk buat iklan ke? Keh2.. Whateva...) Tak jauh pun... Lokasi adalah di SS15/4D, Subang Jaya, Selangor dan dibuka setiap hari dari 10pagi sampai 12pagi. Cuba ais lolo di sini. Terbaik!!!! Cuba tau.. Jangan tak cuba.



Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

0 Blue Komen:

Post a Comment

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^