++Panas++

Baca tajuk macam hot je cerita kali ni. Tapi bila tengok gambar... Ler... Hihi. Jangan marah ar...Bukan ape. Cuaca sangat panas kan sekarang ni. Urghhh... Terik betul. Dalam radio pun ada cakap seminggu ni dinasihatkan jangan terlalu terdedah kepada matahari kerana cuaca panas yang melampau. Melampau ke??? Iye kot sebabnya panas dia menyebabkan kalau boleh nak duduk dekat rumah je. Huhu...
Kalau kalian nak tahu, dulu DN tidur mana pasang kipas. Sekarang.. belum nak masuk tidur lagi dah pasang kipas dulu. Konon nak buang haba dalam bilik. Hihi... Serius dah malam pun masih rasa bahang kepanasan tu. Dah lepas mandi pun masih berpeluh. Nak kata gemuk, DN slim ok! Haha... Tolong jangan muntah ye...

Bila cerita bab kerja memang tak boleh elak dari berpanas. Tahu je lah bila di site serba serbi kering kontang... Tanah je keliling. Jangan harap ada pokok yang berani hidup dalam kawasan site. Confirm hayat pokok tu tak lama. Paling kuat pun adalah site office dengan rumah pekerja... Bila kerja bangunan dah berjalan dan siap 1st floor atau bumbung boleh lah tumpang teduh. Kalau tidak... Harapkan safety helmet atau tudung je lah DN oii... Nak menahan dari cuaca panas ni. Boleh ke??? Apa boleh buat... Bolehkan aje...

Apa kesannya bila cuaca panas melampau ni berlaku? Mesti banyak kesannya kan tapi apa yang berlaku dekat diri DN sekarang setelah menempuh perjalanan yang panjang untuk meeting di sana sini... Melihat tapak projek... Kejap berada di tempat aircond, kejap mengadap matahari... Minum air berbotol & bergelas banyaknya... Tidur yang tak mencukupi...

Kulit sangat kering especially kaki dan tangan... Waaa!!! Losyen please!!!

Bibir kering dan mengelupas. Adehhh... Susah nak cover ni. Mesti takde orang nak kiss DN nanti. Upppsss... Haha...


Pening kepala... DN akan tidur luar dari kebiasaan bila sakit kepala datang. Huhu...


Badan panas.. Rasa macam demam je tiap kali balik dari kerja. Seram sejuk pun rasa. Huh..


Tekak kering... Itu pasal lah asyik nak minum aje. Dah minum mesti nak ke toilet so berapa banyak kali nak ulang alik toilet bila asyik minum je da...


Gelap!!! Waaaaaaaa!!! Ini yang tak syiok ni!!! Sobsob...

DN tahu kalian pun tak boleh mengelak dari berpanas sebab kalian pun bekerja walaupun tak bekerja macam DN. Makanya... Tolong jaga kesihatan kalian ye. Banyakkan minum air dan pakailah baju lengan panjang supaya takde ketara sangat belang tu. Hihi... Kalau boleh elak dari berpanas, lagi bagus. Kalian jaga diri tau!


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

1 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^