Birthday Abah

Birthday Abah 4hb Jun sebenarnya tapi disebabkan DN tiada, semalam aka 6hb Jun baru DN celebrate. Happy belated Birthday Abah... Semoga diberkati umur dan dilimpahkan rezeki yang halal. Doakan anakmu ini berjaya dalam apa jua yang sedang dilakukannya dan restuilah perjalanan hidup anakmu ini. DN sayang Abah... Terima kasih di atas segalanya...
Genap umur Abah 54tahun sekarang. Bila tengok Abah, DN rasa semakin bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab menjaga adik-adik. Abah tidak sekuat dulu. Selalu tidak sihat. DN sentiasa mendoakan Abah sihat selalu tapi siapa kita untuk tentukan kesihatan Abah. Insyaallah... DN akan memastikan adik-adik tidak banyak menyusahkan Abah selagi ada kudrat DN di dunia ini.
Bila tengok Abah senyum, sayu juga hati ini. Bukan senang untuk membesarkan kami adik beradik yang tiap-tiap dari kami ada ragam dan karenah masih-masing. Abah masih tetap bersabar. Susah nak tengok Abah marah. Begitu tabah Abah hadapi segala dugaan terhadapnya. Semoga Abah akan terus kuat dan tabah mengharungi perjalanan hidup yang penuh dugaan ini.
Semua ada semalam kecuali Adik Dayah. Dia pergi bercuti ke Melaka sampai Sabtu. Lama kan... Cuti sekolah... DN takde nak telefon dia beritahu celebrate birthday Abah. Nanti tak senang dia kat Melaka tu. Walau secara kecil-kecilan, dapat berkumpul sekeluarga begini adalah lebih bermakna. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk berkumpul sebegini...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. Like this *xde button like cam fb lak* hehe..hepi belated bday acik gemok..may Allah bless u always =)

    aty_comey

    ReplyDelete
  2. abah mu abah ku jua....

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^