Kayuh Laju-laju... Kayuh Pelan-pelan...

Muahaha.... Baca tajuk entah apa-apa kan. Hee... Sebenarnya DN nak beritahu yang Sabtu lepas DN pergi Cycling dengan PIR Planner's staff di Taman Botani Negara Shah Alam. Kalian tahu ke mana tu? Dulu dikenali sebagai Bukit Cerakah @ Bukit Cahaya Seri Alam. Dah tahu sekarang? Haa... Kat situ lah... Kayuh laju-laju... Kayuh pelan-pelan... Jom!

Kami tiba lebih kurang jam 10pagi dan tiket masuk RM3 sahaja. Mahal ke?? Murah je kan... Dah masuk dalam tu suka hati kalian nak buat apa. Naik bas dalam tu free tau. Kalian nak naik banyak kali pun boleh.
Haa... Ini DN dengan housemate DN sementara tunggu nak booking basikal. Nampak tak orang kat belakang kami. Ramai kan.... Kalau kalian nak tahu, ada 30 orang lagi sebelum turn kami nak dapat basikal. Ramai lagi. Huhhh... Apa nak buat ye??? Hmm....
Kami bercadang untuk berjalan-jalan dalam ni sementara tunggu turn kami untuk berbasikal. Jalan-jalan tengok site jugak nampaknya. Hihi... Untuk pengetahuan kalian, Taman Botani ini dalam proses penambahbaikan makanya kalian kalau pergi sini dan nampak banyak under construction jangan marah ye. Projek company DN ni. Hee.... So far yang kalian nampak ni baru Fasa 1. Ada 5 fasa tau sebelum complete projek ni. Adalah dalam 10 tahun. Fuhh... Lama tu kan... Apa boleh buat. Dah cantik nanti harap makin ramai yang akan datang.
Selamat datang ke Taman Haiwan!!! Jauh jugak kami jalan tau. Berpeluh juga dibuatnya...
Tak jauh kami berjalan bas lalu so kami ambil keputusan untuk menaiki bas. Sejuk sikit kena angin. Ceh... Cakap je lah dah pancit nak jalan. Hihi
DN pergi bersama mereka...
Jom DN bawak kalian tengok pemandangan dari dalam bas ini. Sekali sekala bila tengok hijau je mata memandang menarik jugak. Jom2!!
Amacam?? Sejuk je mata tengok hutan kan. Takde asyik nak tengok bangunan tinggi-tinggi je. Dah habis satu pusingan naik bas. Berenti kat pokok besar ini. Pokok besar ni ada depan entrance. Kalau kalian pergi sini tapi tak nampak pokok besar ni maknanya kalian salah masuk lah tu.
Ini tempat pondok basikal tempat kami nak sewa basikal. Sejam RM5, jam berikutnya RM1. Baru lepas 5 orang. Ada lagi 25orang nak tunggu. Huh... Lama lagi...
Kami naik bas lagi satu round dan berhenti di sini. Jalan-jalan tengok haiwan lah kita. Jangan buang masa... Jom2!!Yeay!!!! Finally!!!! Dapat pun basikal. Apa lagi, mari berbasikal bersama DN dan kawan-kawan..
Kami berhenti untuk melihat pemandangan di sini sebelum pulangkan kembali basikal yang kami sewa... Gayat gak tau tapi DN kan berani. Hihi....
Amacam??? Best kan!!! Kalian pergi lah ke sini. Kalau takde kawan nak teman beritahu je DN. DN sudi teman tau... Serious nice place to enjoy yourself with nice view here... Take a look and you will love it.

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. hahaha..ni masa DN belum ada hobi makan2 lagi ye. slim aje.

    ReplyDelete
  2. saya pernah pegi kat sini masa tingkatan 5.

    tahun 1992.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^