Site Waktu Malam

Untuk pertama kalinya DN masuk ke site bawak kereta sendiri. Damn!! Habis kereta DN. Hukhuk... Cara cakap macam tak pernah bawak kereta masuk site kan. Hee... Nama pun kerja site, memang pernah bawak kereta masuk site tapi biasanya jalan teruk tu dekat je. Kalau kalian nak tahu site yang satu ni nak sampai site office je lebih 1km ke dalam tau. Dengan jalan yang ala-ala naik kuda, lekuk sana sini... Huh... Tak lama lah hayat Persona tu. Huhu...

Masuk site lebih kurang pukul 4. Duduk discuss dekat site, sekalinya hujan turun sangat lebat. Waaa!!! Camne nak keluar dari site ni. Huh... Tunggu je lah sampai hujan berhenti. 7.30malam baru hujan berhenti tau. Gila ah pompuan ni duk site sampai malam. Dahlah batu-batuan di sana banyak yang keras2. Bila teringat cerita mereka... Hmm... Tawakkal je lah nak keluar time-time begini...
Tengok tu? Bukti DN di site pada waktu malam. Hehe... Tower crane dah berlampu pastu siap ada titik-titik hujan nak tunjuk kat kalian yang memang hujan kat site. Jalan confirm tanah merah lagi. Licin woo... Mujur tak cuci kereta. Kalau tak lagi sakit hati.

Hmm... Mintak kereta kat boss agak2 dapat tak? Kalau ada yang sudi bagi pinjam kereta masuk site lagi bagus... Nak pinjam!!! Hehe... ;P
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

2 Blue Komen:

  1. Memang berani sangat.. Tapi xpe, kereta itu sampai la nie popular, siap masuk instagram lagi...

    ada peminat tue

    ReplyDelete
  2. @Bro Framestone hahaha... kereta je yg popular.. orgnya x pun.. :p

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^