Belajar bersama DN : Pemutus litar

Pemutus litar... Orang putih cakap circuit breaker. Kalian tahu ke apa tu? Jom DN berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang tak seberapa ni dengan kalian...

Pemutus litar adalah satu alat mekanik yang bertugas untuk membuka dan menutup litar elektrik dalam semua keadaan. Semua keadaan tu apa DN? Semua keadaan tu maksudnya keadaan tanpa beban (no load), beban penuh (full load) ataupun bila keadaan rosak (fault) berlaku.

Hebatnya pemutus litar ini adalah ia boleh membuka dan menutup berulang kali tanpa merosakkan dirinya sendiri. Ia boleh bekerja secara automatik atau manual ataupun kawalan jauh bila kerosakan berlaku.

Kebiasaannya pemutus litar automatik digunakan. Ia dilengkapi dengan satu gegelung belantik (trip coil) yang disambung pada satu geganti (relay) dan direka untuk membuka pemutus litar secara automatik bila sesuatu terjadi.
sumber gambar


Pemutus litar ni sebenarnya ada berhampiran dengan kalian tau. Contoh paling senang, kalian buka Distribution Board (DB) di rumah, dalam tu kalian boleh nampak banyak circuit breaker dengan rating yang berbeza (6A, 10A, 20A...). Macam tu juga di ofis, mesti akan ada DB. Pendek kata di mana ada sumber elektrik, di situ lah ada pemutus litar untuk melindungi kalian.

Banyak lagi nak kongsi tapi nanti kalian bosan pulak. Sampai sini dulu belajar bersama DN ye. Kalau DN rajin nanti DN berkongsi lagi. Daa...

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. xpaham sbb bkn bidang i.. huhu :D

    ReplyDelete
  2. xpe2. sebab tu lah kena belajar.. hehe.. :p

    ReplyDelete
  3. Brand yang ini kawan tak pernah nampak lagi

    ReplyDelete
  4. @onn Lajer owh.. tidak berniat utk tunjuk mana2 brand. sbg contoh sahaja... :)

    ReplyDelete
  5. asal ada bunyi kilat je di kawasan berhampiran. litar elektrik akan tertutup secara automatik.

    ReplyDelete
  6. @Blogger Babyface arus berlebihan tu... cuba cek earthing masih ok x... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^